Wanita Yang Mudah Mengalah Kadang Hatinya Lebih Keras Bila Terluka.

 

Bila seorang wanita itu keras hatinya, dia akan dikatakan seorang yang sukar dibentuk atau sukar untuk dijaga. Lebih suka ikut kepala sendiri berbanding ikut pendapat orang lain. Tapi, bila seorang wanita itu suka mengalah dan mudah bertolak ansur, dirinya diambil kesempatan. Malah kebaikan juga tidak dihargai.

Sangat beruntung anda bertemu dengan seorang wanita yang bertolak ansur dan mudah mengalah ini. Dia tidak hanya pentingkan diri sahaja tetapi dia juga memikirkan orang sekelilingnya. Bila anda memilikinya, hargai setiap perkara yang dia lakukan buat anda. Bukan mudah nak telan semua perkara sedangkan hati terluka.

Namun begitu, mereka ini bila berkali-kali dilukakan hatinya tentu sahaja boleh menjadi keras lebih keras dari seseorang yang anda kenal. Kerana luka yang anda cipta itu membuatkan dirinya sebegitu. Sebab itulah, bila dia masih mampu mengalah dan bertolak ansur dalam semua perkara ini, hargai sikapnya sebelum ia hilang.



Mengapa boleh jadi seperti ini?

1. Terlalu lama dia bertahan dan beri peluang

Seseorang yang terlalu lama bertahan dan sentiasa beri peluang kepada anda sudah tentu mampu berubah hati dan juga perasaan. Walaupun dirinya begitu sayang akan anda tetapi bila anda tidak menghargai dirinya, perasaan itu akan hilang atau menjadi tawar. Lalu ia akan menjadi sangat keras dan dingin dengan diri anda.



2. Rasa tidak dihargai

Sebenarnya tidak susah pun nak hargai seorang wanita ini. Sekadar ucap terima kasih, atau belanja makan tentu dia sudah rasa dihargai. Buat suami pula, nak hargai isteri ringankan tulang dengan beri bantuan di rumah. Sekecil perkara pun yang anda lakukan tentu dia akan rasainya. Wanita ini akan kekal bersama anda bila dia rasa dihargai walaupun untuk perkara yang kecil.



3. Dia akan jadi lebih berhati-hati

Bila dia sudah rasa sakitnya ditipu dan tidak dihargai, maka dia dengan sendirinya akan lebih berhati-hati dengan siapa yang mendekatinya. Walaupun orang yang pernah berjaya mendapat tempat di hatinya. Ini kerana, dia tidak mahu perkara yang sama berlaku lagi. Dia akan lebih utamakan diri sendiri berbanding orang lain pula selepas itu.

Jadi bila anda berjumpa dengan seseorang yang keras dan dingin, boleh jadi dia pernah dilukakan hatinya suatu ketika dulu. Jangan cepat keluarkan kesimpulan tersendiri. Cuba untuk dekati dan dalami hati mereka.

Hati wanita ini lembut sahaja, tetapi bila sudah berubah makin sukar untuk memilikinya semula.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,778 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen