Bila Keluar Makan Bersama Kali Pertama, Jangan Lakukan Perkara Ini. Takut Si Dia Cepat Turn Off Nanti.

 

Untuk pertemuan kali pertama, ramai pasangan yang lebih suka memilih tempat makan sebagai tempat pertemuan pertama mereka. Ini kerana, kawasan ini dikatakan lebih selamat dan selesa untuk berbual berdua. Lagipun, lelaki dan perempuan tidak elok duduk berdua-duaan di tempat sunyi.

Ketika berjumpa dengannya, tentu anda akan terasa janggal dan agak kekok. Walaupun selalunya anda dinasihatkan agar menjadi diri sendiri, tapi itu tidak bermakan anda perlu tunjuk yang anda begitu selesa di meja makan bersamanya. Kenalah juga anda cover tabiat buruk anda itu.

Mana tidaknya, sesetengah pasangan akan mudah turn off sekiranya kelakuan anda di meja makan sangat tidak sesuai buat dirinya. Walaupun makan di kedai tepi jalan sekalipun, jaga tingkah laku adalah cara yang baik untuk anda kekal mendapatkan hatinya.



Bila dating di meja makan, jangan lakukan 5 perkara ini!

1. Makan berbunyi

Perkara ini adalah sangat pantang ya! Ada orang dia akan terus turn off atau rasa nak marah bila dengar makan berbunyi ini. Bunyi “chup” “chup” ini snagat tidak selesa dang menjengkelkan okay. Kalau anda ada tabiat ini, baik cari cara untuk mengawalnya. Makan dengan mulut tertutup, barulah tidak berbunyi.

2. Sedawa kuat sangat

Sedawa ini memang tidak boleh control tapi anda boleh perlahankan suara anda sedikit. Jangan anda sedawa terlalu kuat dihadapannya kerana tunjuk anda kenyayang keluar makan bersamanya. Takut, selepas ini tiada lagi makan bersama. Baik lelaki atau perempuan, cuba untuk kawal sedawa anda.



3. Control selera makan anda

Jangan mentang-mentang dia kata nak belanja, anda pun order segala jenis makanan dengan banyaknya. Itu belum lagi makan dengan lahapnya. Perkara ini sangat tidak sesuai dilakukan saat pertama kali. Anda kelihatan seperti orang kebulur walaupun anda sememangnya lapar pada waktu itu. Makan dengan perlahan dan order ikut kesesuaian.

4. Makan sambil bercakap

Habiskan makanan di dalam mulut anda terlebih dahulu, kemudian barulah anda cakap apa yang anda mahukan. Jangan bercakap saat mulut anda masih penuh, anda sungguh tidak sopan. Walaupun banyak perkara yang nak dikongsi, tetap sahaja habiskan apa yang ada dalam mulut anda dulu.



5. Minta makanan dia

Tiba-tiba minta makanan dia? Jangan berkelakukan seperti ini. Walaupun makanan dia nampak begitu lazat, tapi jangan lakukan. Lainlah kalau dirinya yang meminta anda untuk rasa atau ambil. Tapi sebaiknya anda tolak dengan baik. Sikap ini pun tunjuk yang seorang yang agak gelojoh.

Jangan nak seronok sangat bila si dia ajak makan bersama saat pertama kali jumpa, itu mungkin taktik untuk dirinya uji anda. Dating di meja makan ini lebih banyak perkara yang perlu anda hati-hati. Ini kerana, dia memerhati anda setiap masa.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,977 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen