Fahami Rajuk Wanita, Mereka Sensitif Walaupun Sekadar Kata-Kata Biasa.

 

Walaupun sudah bertahun-tahun bersama, tetapi seorang suami belum tentu dapat memahami si isteri dengan baik. Tidak kiralah setiap rajuk atau air mukanya, tentu sahaja suami sukar untuk memahami. Nak-nak lagi, selepas si isteri berhempas pulas menguruskan rumahtangga di rumah tanpa kelibat suamiu, tentu sahaja banyak perkara yang sukar dijelaskan dan difahami.

Emosi seorang isteri di rumah ini berlainan dengan emosi yang berkerja. Bila kerja, mereka jumpa rakan-rakan dan boleh berkongsi rasa serta lupakan hal di rumah. Akan tetapi bila di rumah, semua perkara dia mengadapnya secara bersendirian, setiap hari rutin yang sama dan dinding yang sama, tentu ada keluh hati yang ingin difahami.

Tidak kiralah si isteri berkerja ataupun seorang suri rumah, tapi si suami yang ambil mudah akan rajuk isteri ini. Dari awal biasa-biasa, ia boleh menjadi larat sehingga berlakunya tawar hati dalam hubungan.



Ini adalah beberapa perkara yang perlu anda fahami mengenai isteri anda.

1. Kata-kata kasar anda secara sengaja atau tidak

Biasanya, bila anda tiba-tiba dengan tidak sengaja menyatakan sesuatu yang agak kasar baginya, tentu jelas di wajahnya akan terasa. Masa inilah dia akan mula diam dan jauhkan diri dari anda. Tapi bila dia pula dengan tidak sengaja berkata kasar pada anda, ketahuilah emosinya terganggu dan inginkan perhatian dari anda.



2. Tindakan yang tidak sewajarnya

Bila mana dia terasa hati, boleh jadi tindakannya pada anda juga akan berlainan. Dia seolah-olah ingin berjauhan dari anda, malah dia juga tidak mahu menatap wajah anda. Jika berlaku seperti ini, ketahuilah ada perkara yang menguris hatinya. Cuba tanya kepada isteri anda akan perasaan dan punca dia seperti itu.

3. Bantuan yang tidak dihulurkan

Anda perlu tahu bahawa isteri ini nampak kuat dengan melakukan semua perkara, tetapi mereka ini juga inginkan bantuan dan pertolongan dari anda. Walaupun kerja yang mudah, tetapi dia masih mahukan bantuan dari anda. Jangan biarkan dia melakukan semuanya sendiri, ini kerana lama ke lamaan dia akan semakin jauh dengan anda. Sentiasa hulur bantuan pada isteri, tentu dia akan rasa disayangi.



4. Air wajah yang tidak tenang

Seorang isteri begitu mudah untuk diketahui emosinya dengan riak wajahnya sahaja. Jika dia tidak senyum seperti selalu dan sentiasa bermuram, tentu ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Cuba untuk ambil tahu setiap riak wajah sedih, gembira, dan bermasalah. Barulah perkara yang mengganggu itu lebih mudah untuk diselesaikan.

Sebagai seorang suami, kadang kala jangan terlalu tidak kisah dengan isteri anda walaupun anda juga mempunyai masalah di tempat kerja. Ini kerana, isteri selalu inginkan perhatian dan sokongan dari anda. Jangan pernah abaikan apa yang mereka rasa.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,750 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen