Selalu Sangat Mimpi Buruk, Sampai Terfikir-Fikir Disiang Hari. Ini Puncanya.

 

Ada orang, dia terlalu kerap sangat bermimpi bermacam-macam perkara. Sehinggakan, dia merasakan dia tidak mampu untuk dapatkan tidur yang lena setiap malam. Kadang kala, mimpi itu begitu mengganggu fikirannya di siang hari pula.

Tapi tentu ada sebab perkara ini berlaku bukan?

Walaupun kita percaya bahawa mimpi buruk ini sekadar mainan tidur, tentu anda masih mahukan tidur yang lena sepanjang malam.



Menurut sleep.org, kira-kira 50% orang dewasa mengalami mimpi buruk. Ada di antara kita mungkin juga mengalami mimpi buruk. Atau mungkin beberapa waktu kebelakangan ini sering mengalami mimpi buruk semasa tidur ? Berdasarkan universitihealthnews.com, terdapat tujuh punca umum untuk kita mempunyai mimpi buruk.

1. Kegelisahan dan Tekanan

Terdapat tekanan yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi? Mengalami tekanan yang agak menyakitkan beberapa waktu kebelakangan ini? Kebimbangan dan tekanan boleh mencetuskan mimpi buruk apabila kita tidur.



2. Kemurungan

Gangguan mood yang berkaitan dengan perubahan dalam kehidupan seperti perceraian, patah hati, kematian orang yang disayangi, masalah kewangan, atau masalah dalam kerjaya boleh mencetuskan kemurungan. Keadaan kemurungan yang kita alami juga boleh mencetuskan mimpi buruk.

3. Makan sebelum tidur

Makanan ringan malam meningkatkan metabolisme sehingga menjadikan otak kita lebih aktif. Dalam sebuah kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Antarabangsa Psikofisiologi, ia mendedahkan bahawa makanan pedas dan makanan segera mencetuskan lebih banyak gelombang otak. Satu kajian yang diterbitkan dalam The Journal of the Mind dan Body menunjukkan bahawa tujuh dari sepuluh peserta mengalami mimpi buruk setelah makan makanan segera tepat sebelum tidur.



4. Kurang tidur

Tubuh sangat letih akibat kurang tidur? Masalah ini juga boleh mencetuskan mimpi buruk apabila kita cuba tidur. Tidur yang kurang akan menjadi masalah untuk mendapatkan tidur yang lebih nyenyak tanpa mimpi buruk.

5. Penggunaan ubat-ubatan

Penggunaan dadah seperti antidepresan boleh menjejaskan sebatian otak. Jadi itu membuatkan kita mimpi buruk semasa tidur.



6. Kesan pemberhentian

Menghentikan penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti pil tidur atau menghentikan penggunaan alkohol (jika sebelum ini ketagihan alkohol) juga boleh menyebabkan mimpi buruk semasa tidur. Kesan pemberhentian memakan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan atau ketagihan dapat mempengaruhi kualiti tidur kita.

Namun begitu, jika anda mendapatkan mimpi yang sama berulang kali boleh jadi ia menjadi satu pentanda atau petunjuk buat anda. Jika berdepan dengan perkara ini, pastikan anda membaca surah tertentu sebelum tidur. Sebagai contoh, ayat Kursi sebagai pendinding diri anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,778 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen