Duduk Rumah Ini Makin Gatal Tangan Nak Beli Barang Secara Online. Eh, Berjimat Jangan Bazirkan Wang Kepada Benda Yang Tak Berfaedah.

 

Rasanya, ramai yang berdepan dengan masalah membeli barang secara online terlalu kerap sejak tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini. Ada orang dia takut nak keluar rumah dan malas nak bersesak-sesak, jadi membeli barang secara online adalah perkara yang mudah nak menjimatkan masa. Namun, ia menjadi perkara lain pula bila terlalu banyak barang yang dibeli secara online ini.

Sememangnya memudahkan anda jika membeli secara online ini, tapi itu pun kalau barang yang sepatutnya dan sesuai dengan kegunaan PKP ini. Tapi, kalau anda membeli barang hanya kehendak dan bukannya keperluan tentu akan berlaku pembaziran pula bukan.

Mana tidaknya, pada waktu ini banyak perniagaan yang melakukan promosi atau sale secara besar-besaran. Memang anda pun tidak mahu ketinggalan lah cerita dia. Nak-nak lagi kalau barang itu pernah anda idamkan satu masa dulu, tentu anda tidak akan lepaskan peluang ini.



Apa yang perlu anda lakukan bila keinginan dan kehendak mengatasi dari keperluan.

1. Perlu sedar diri

Saat ini, bukan waktu anda berehat dan membazirkan wang anda untuk perkara yang tidak sepatutnya. Saat ini adalah saat anda menyimpan wang untuk segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang. Nak-nak lagi bilamana PKP ini akan dilanjutkan lagi, tentu anda perlu sediakan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Kalau anda habiskan segalanya, anda mungkin akan gunakan segala simpanan anda dah habiskan semuanya.



2. Penuhi selepas PKP tamat

Bila keadaan kembali normal, masa itulah anda boleh beli barang yang anda inginkan. Buat masa ini, adalah lebih baik anda tahan dulu niat anda untuk berbelanja secara besar-besaran. Nak-nak lagi dengan keadaan yang tidak menentu sekarang ini. Walaupun anda bantuan prihatin dari pihak kerajaan, itu untuk membantu menampung perbelanjaan harian bukan habiskan untuk kehendak anda sahaja.



3. Pastikan ada simpanan

Jika anda gunakan semua wang belanja anda, sudah tentu segalanya akan habis pada waktu ini juga. Untuk ketika ini, adalah lebih baik anda kekalkan simpanan anda dan hidup secara bersederhana, barulah anda boleh bernafas sedikit jika ada apa-apa berlaku. Bukan ke itu lebih baik.

Saat ini adalah saat yang agak genting. Jangan habiskan wang anda dengan perkara yang tidak sepatutnya. Cuba berjimat cermat dan pastikan segalanya terkawal. Jangan sampai ikat perut hanya ingin puaskan kehendak anda sahaja.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,936 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen