Banyak Manfaat PKP Ini Pada Pasangan Dah Kahwin. Yang Bujang Jangan Jealous Pulak.

 

Memandangkan negara sekarang berdepan dengan penularan virus covid-19, maka pihak kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana setiap orang perlu duduk di rumah dan dibenarkan keluar jika ada hal tertentu atau mendapatkan barang keperluan. Masa inilah yang perlu digunakan sebagai mungkin buat pasangan suami isteri.

Jika sebelum ini masing-masing sibuk dengan kerja yang tak habisnya, kini PKP adalah saat untuk anda tautkan kembali rasa cinta bersama malah, masa ini jugalah yang perlu anda guna sebaik mungkin untuk kekalkan kemesraam bersama.



Banyak perkara yang menyeronokkan boleh dilakukan pasangan sudah berkahwin ini.

1. Solat berjemaah

Jika sebelum ini masing-masing tidak sempat nak solat bersama, ataupun kurang lakukan. Kini, anda boleh lakukan bersama-sama. Malah lebih seronok lagi, ia bukan sahaja 5 waktu tetapi boleh ditambah dengan solat sunat. Berjemaah dengan pasangan ini akan timbulkan rasa kasih dan sayang dalam hubungan suami isteri. Rugi tak rebut peluang ini.



2. Bermesra dengan pasangan

Kalau waktu lain, masing-masing penat berkerja dan hanya fokus akan tanggungjawab sahaja. Tetapi, saat ini anda boleh fokuskan hubungan anda buat sementara waktu. Dimana, saat inilah gunakan sebaik mungkin untuk bergurau senda dan melalukan aktiviti yang romantik di rumah. Bergurau batalkan air sembahyang pasangan pun seronok juga kan...

3. Perbaiki masa lalu

Kalau ada salah faham yang masih lagi berbuku di hati, masa inilah nak selesaikannya. Mana tidaknya, saat ini tidak boleh keluar rumah, tentu sahaja masing-masing perlu mengadap sesama sendiri. Sudahnya, tentu akan berbaik semula.

4. Masak bersama

Selalunya asyik isteri sahaja yang memasak, apa pula kali ini suami pula yang ambil alih. Sekali sekala masak buat isteri tentu sahaja akan timbulkan kemesraan yang lain. Masa ini jugalah suami nak tunjuk bakat. Orang kata, lelaki masak lagi sedap. Betul ke?



5. Luangkan masa dengan lebih banyak

Jika sebelum ini masing-masing tiada masa nak makan bersama, kini nikmati masa yang ada ini sebaik mungkin. Bila waktu makan, makan bersama pasangan dan anak-anak. Kemas rumah bersama-sama malah tonton televisyen bersama-sama. Kan seronok.

Masa yang ada ini nikmati sebaik mungkin untuk luangkan masa bersama. Jangan bergaduh atau sengaja cari salah, bukan selalu dapat masa seperti ini.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,855 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen