Untungnya Dapat Pasangan Yang Lahir Bulan April Ini. Mereka Ini Bukan Sahaja Romantik Tapi Ringan Tulang Juga.

 

Siapa sangka setiap mereka yang lahir ini ada keunikan tersendiri. Nak-nak lagi bila dah jadi pasangan kita, lagi banyak keunikan dan kelebihan yang ada dalam dirinya hingga membuatkan diri kita juga terpuat padanya.

Mungkin, ada mereka yang bertuah berpasangan dengan orang yang berpangkat dan mempunyai wajah yang elok sampai tidak kisah akan perkara lain. Tapi ketahuilah, yang lain itu walaupun tidak mempunyai dua perkara tersebut tapi ada perkara lain yang ada pada dirinya.

Nak-nak lagi buat mereka yang lahir pada bulan April ini, dikenali sebagai seorang yang sangat ringan tulang dan aktif dalam semua perkara. Bila dia bersama keluarga anda, tidak kekoklah dia nak bawa diri. Mana tidaknya, dia tahu nak buat apa dan lakukan apa. Pandai betul mereka ini ambil hati keluarga mertua ya.



Apa yang seronoknya menjadi pasangan mereka ini adalah, mereka ini sangat berani dan tak kenal erti takut. Wah, kalau lelaki memang sesuai jadi pelindung pasangannya, kalau wanita memang penuh cabaran lelaki nak kawalnya. Tapi, keberaniannya ini akan membuatkan anda lebih selesa bersamanya.

Paling untung bila memiliki mereka ini kerana mereka pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Wah.... kalau anda seorang yang mudah putus asa, mereka ini sangat sesuai buat diri anda. Sudah tentu juga dia ini seorang pendengar yang baik. Aduh untungnya bersama mereka ini.



Selain itu juga, mereka ini mempunyai daya ingatan yang kuat. Selepas ini tidak perlulah anda nak bimbang si dia ingat ulang tahun atau hari penting. Takut-takut sahaja anda yang lupa. Bab-bab ingatan ini, jangan buat main dengan mereka ini.

Namun begitu, mereka yang lahir bulan April ini sangat sukakan perhatian dan emosinya juga mudah terusik. Kiranya kalau tak dapat perhatian ini memang akan merajuk lah. Tapi jangan risau, mereka ini mudah sahaja nak dipujuk. Alah, pujuk sikit-sikit tentu cair mereka ini.



Satu kelemahan mereka yang perlu anda faham adalah, mereka ini mudah sangat nak buat keputusan tanpa berfikir panjang, tapi akhirnya mereka juga yang menyesal. Biasalah, mereka ini kan mudah sangat ikut emosi mereka. Sebab itulah anda perlu faham mereka dan jangan cepat melatah bila dia buat keputusan yang terburu-buru.

Perkara ini anda perlu ingat, jangan sesekali sengaja cari masalah atau timbulkan kemarahannya. Ini kerana, mereka ini mudah menyimpan dendam. Takut-takut nanti dia balas pula setiap perbuatan anda. Eh.. macam psiko pula.

Apa-apa pun, tak rugi kalau mereka ini menjadi pasangan anda. Dah dapat jangan lepaskan pula.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,750 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen