"Semua Orang Mampu Berikan Cinta Tapi Belum Tentu Berikan Setia..."

 

Perasaan hadir tanpa di duga, ia boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana sahaja. Apabila mencintai seseorang, kita cenderung untuk menyayanginya dengan seikhlas hati dan sudah tentu menerima pasangan seadanya. Cinta hadir apabila dua hati rasa saling melengkapi antara satu sama lain.

Cinta itu menyerahkan sepenuh jiwa dan raga. Cinta sukar untuk pudar, kerana ia terpahat kuat di dalam hati tetapi ia memerlukan kesetiaan. Namun cinta juga mampu membutakan, kerana ia bersifat ingin memiliki.

“Saya cintakan awak...”

Walaupun hati kosong tanpa perasaan, tetapi mulut masih mampu untuk menyatakan rasa cinta dan juga sayang ini. Berlainan juga dengan kesetiaan pula.



Setia ini adalah satu perbuatan yang sukar sebenarnya. Ramai yang mampu berikan cinta tapi tak ramai yang mampu setia kepada pasangannya.

Kesetiaan ini tidak boleh dibuktikan dengan kata-kata jika tindakan tidak sama seperti yang dikatakan. Ini kerana, perbuatan boleh terkantoi bila mana masanya tiba, tidak seperti anda menyatakan kata-kata sayang kepada pasangan anda.



Kesetiaan itu adalah kemahuan yang dalam diri seseorang yang sememangnya dia mahu untuk lakukan. Bukan kerana terpaksa tetapi lebih kepada dia ikhlas dengan hubungan yang terbina, bahkan dia tahu bahawa untuk kekal dalam satu hubungan kesetiaan itu perlu.

Kesetiaan juga dikatakan sebagai satu pilihan dalam diri seseorang. Dia nak setia atau tidak, itu adalah pilihan yang dia lakukan.

Jangan ingat apabila dia kata dia menyayangi diri anda dan mencintai anda, dia akan setia dengan anda. Banyak sahaja kes dimana dia sudah mempunyai pasangan tetapi tetap sahaja bersama dengan orang lain di belakang pasangannya.

Perasaan sayang tidak mempu mengikat tindakan dan pilihan yang si dia mahukan. Walaupun berulang kali dia menyatakan tetapi bila mana dia curang atau tidak setia, dia tidak sepenuhnya cintakan anda. Sayang itu bukan segalanya, bila tiada kesetiaan di dalamnya.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,855 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen