"Tayang Pasangan Pada Media Sosial Tidak membuktikan Kalian Bahagia..."

 

Menayang kebahagiaan bersama pasangan ini bukan satu perkara yang baru. Perbuatan ini sama ini juga dengan menjaja aib pasangan, tapi kalau menjaja aib pasangan di media sosial banyak yang sembunyikan diri. Cuma yang ini lebih kepada untuk menayang apa yang mereka rasa orang tidak memilikinya.

Itu belum lagi, mereka-mereka yang buat challenge yang entah apa-apa bersama pasangan. Walaupun, kadang kala itu bukan nak tunjuk kebahagiaan tetapi sengaja tanyang kemesraan di media sosial ini tidak menunjukkan yang anda berada dalam satu hubungan yang bahagia.



Walaupun anda menyatakan bahawa kalian bahagia, tetapi tentu ada yang kurang dalam hubungan anda itu.

“Kebahagiaan itu tidak perlu nak disebarkan atau digembar gemburkan, cukup sekadar kalian merasainya.”

Jika anda simpan segala kebahagiaan anda bersama tanpa perlu tayang di media sosial, sudah tentu anda akan lebih bahagia. Tanpa sibuk memikirkan apa yang orang lain pandang atau komen anda mengenai hubungan anda.

Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda ini sudah mempunyai pasangan atau sudah berkahwin, cukup sekadar satu atau dua gambar yang menunjukkan anda sudah berpunya. Itukan lebih baik.



Sebenarnya, banyak keburukan yang akan anda perolehi bila menayang kebahagiaan anda bersama pasangan.

1. Timbulkan hasad dengki orang

Kalau sekadar kata-kata belakang itu tidak ada siapa yang peduli. Tapi yang membimbangkan adalah mereka yang menggunakan cara halus. Tentu sahaja anda tidak mahu perkara itu berlaku pada hubungan anda.

2. Kekurangan anda akan dipersoalkan

Jika anda bahagia bersama pasangan sahaja, tentu orang akan persoalkan mana anak pula. Bila bersama anak sahaja, orang akan persoalkan mana pasangan anda pula. Itu belum lagi orang beri komen macam-macam mengenai anak dan pasangan anda. Tak tenang hidup anda.



3. Anda rasa seperti berlumba

Bila pasangan lain buat ini, eh anda juga perlu buat ini. Bila pasangan lain lebih, anda juga perlu lebih. Perbuatan anda ini sedikit pun tidak menjaga hati mereka yang tidak mempunyai pasangan atau kehilangan pasangan. Takut-takut mereka ini doa yang tidak baik pula pada hubungan anda.

Kebahagiaan ini bukan untuk ditayang dimedia sosial, akan tetapi ia untuk dirasai dan dinikmati oleh keduanya. Jika terlalu sibuk menayang tapi sebenarnya tidak bahagia pun tak seronok juga, lama-lama akan kantoi juga.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,870 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen