Jangan Seronok Sangat Kacau Mereka Melatah. Penyakit Melatah Sebenarnya Berjangkit Bukan Genetik

 

Penyakit ini sangat terkenal dikalangan masyarakat kita. Kadang ia terjadi pada diri sendiri ataupun ia berlaku pada orang sekeliling kita. Ramai yang berasa seronok apabila menyakat mereka-mereka yang menghidap penyakit ini, walaupun kadang kala ia boleh membahayakan diri sendiri dan penghidap itu sendiri.

Namun, kerana tindakan atau kata-kata yang tidak terduga itu menjadikan ia kelakar, ramai yang langsung tidak mempedulikan kesannya. Lagi ramai yang suka cuit atau terkejutkan mereka ini. Kebiasaan orang yang melatah adalah orang tua, namun ada juga orang muda yang sudah melatah. Melatah ni dikaitkan dengan orang Melayu terutama di Asia Tenggara.



Melatah ni penyakit ke atau sengaja nak tarik perhatian?

Mereka yang suka melatah ini sebenarnya merupakan satu perbuatan yang apabila dilakukan berkali-kali jadi tabiat yang sukar ditinggalkan. Dari aspek Psikologi, mereka ini adalah masalah personaliti bercelaru, resah atau darah gemuruh, cepat terkejut dan lemah semangat (easily hyperstartle response) dan mudah mendapat serang panik (panic attack)

Macam mana boleh melatah?

Melatah bukanlah disebabkan faktor genetik. Tetapi mereka yang melatah mungkin terdedah atau sudah berjangkit dengan pak cik mak cik mereka yang melatah. Seseorang itu juga boleh melatah sekiranya berdepan masalh psikologi atau mungkin dari segi keturunan dan persekitaran yang mendorong mereka berada dalam keadaan resah, sedih dan cepat gemuruh.

Macam mana nak atasi atau ubati orang melatah?

Caranya dengan menampar bahu si pelatah lalu mengajarnya mengucap dan beristigfar beberapa kali hingga dia kembali tenang. Jangan cuba usik mereka yang suka melatah. Tiada ubat untuk mereka cuma sesi kaunseling psikoterapi.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,870 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen