Dah Pakai Deodoran Pun Badan Masih Berbau? Cuba 5 Cara Ini Pula, Nak-Nak Bakal Pengantin Baru.

 

Dengan cuaca yang agak panas dan sedikit bahang ini tentu sahaja akan buatkan anda lebih berpeluh lebih dari biasa. Perkara sebegini tentu sahaja akan membuatkan anda rasa tidak selesa dengan bau badan sendiri.

Kalau diri sendiri yang bau tak apa, buatnya orang sekeliling yang bau, tentu akan memalukan diri anda malah akan buat anda hilang keyakinan pula.

Ramai yang memilih cara mudah dengan menggunakan deodoran sebagai salah satu cara untuk mengawal bau badan. Akan tetapi, tidak semua deodoran mampu kawal bau badan dengan lama. Nak-nak lagi buat anda yang sejenis mudah berpeluh ini, tentu sahaja sukar nak mengawalnya.

Tahukah anda, bau badan muncul adalah disebabkan oleh peluh semulajadi yang terjadi semasa kita banyak melakukan pergerakan, bersenam dan terlalu lama terdedah di bawah sinaran matahari.



Pada masa yang sama, proses semulajadi juga boleh menjadi sebab badan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan bercampur dengan bakteria yang lekat di bahagian kulit. Menurut pakar kesihatan kulit dari India iaitu Dr. Jamuna Pai menyatakan bahawa peluh itu tidak mempunyai bau sebenarnya. Namun jika peluh bercampur dengan sel kulit mati dan itu menjadi tempat terkumpulnya bakteria yang mengeluarkan bau yang tidak sepatutnya dari tubuh badan.

Ini ada 5 cara lain yang boleh anda cuba untuk tangani masalah bau badan anda.

1. Kerap mandi

Mandi sekurang-kurangya dua kali sehari bagi mengekalkan tubuh badan kita segar dan bersih. Ia merupakan salah satu cara mencegah terjadinya bau badan.



2. Pakai pakaian menyerap peluh

Sebaiknya pakai pakaian dari jenis kapas. Jika anda kerap melalukan aktiviti yang lasak, adalah lebih baik memakai pakaian dari jenis kapas supaya mudah menyerap peluh dengan lancar.

3. Minum air secukupnya

Minum air putih yang secukupnya setiap hari sekurang-kurangnya 8 gelas sehari setiap hari.



4. Bedak talkum

Anda boleh gunakan bedal talkum sebelum menyalit deodoran pada ketiak. Itu boleh membuat deodoran tahan lebih lama dan kulit bawah lengan sentiasa dalam keadaan kering.

5. Mengamalkan pemakanan sihat

Mengamalkan makanan yang sihat dan seimbang juga adalah salah satu cara menghindari dari badan berbau. Cuba elakkan makan bawang putih dan bawang bombay terlalu banyak. Kurangkan pengambilan kafien dan gantikan dengan minum minuman herba yang menyihatkan. Pada masa yang sama anda boleh amalkan makan vitamin B kompleks dan zink.

Selamat mencuba!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,837 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen