Suka Menggigit Kuku Berulang Kali, Petanda Hidap Penyakit Dermatillomania. Segera Dapatkan Rawatan.

 

Pernah lihat seseorang yang suka menggigit kuku, ataupun melukakan diri mereka sendiri? Atau boleh jadi anda sendiri orang tersebut?

Selalunya, kita akan anggap mereka yang gigit kuku ini mempunyai tabiat ini sejak dari kecil lagi. Tapi, siapa sangka rupanya suka menggaru kulit, mencakar kulit atau mencabut kulit sehingga kulit mengelupas, maka kamu berkemungkinan menghidapi penyakit Dermatillomania. Penyakit ini diklasifikasi sebagai ganguan obsesif yang teruk sehingga mampu mengganggu kehidupan harian.

Jom Kenal Penyakit Dermatillomania Lebih Dekat

Penyakit ini sering berlaku dalam kalangan wanita, penyakit Dermatillomania atau Skin Picking Disorder merupakan simptoms tabiat mencederakan kulit secara obsesif (keterlaluan) dengan cara menggaru, mencabut kulit, menggigit dan mencakar kulit sehingga cedera.



Individu yang memiliki tabiat dan rasa keinginan yang kuat seperti ini tidak dapat menghentikan perlakuan mereka.

Bertambah parah apabila ada dikalangan wanita yang menghidapi penyakit ini menunjukan tanda-tanda yang kronik sehingga menyebabkan kerosakan sel tisu, memberi kesan yang berbekas pada kulit dan menyebabkan gangguan emosi yang teruk.



Antara Tanda Gelaja Penyakit Dermatillomania

Penyakit skin picking atau dermatillomania ini boleh dihidapi oleh orang dewas dan kanak, antara gejala yang ketara ada beberapa cara iaitu:

Mula menggaru kulit tanpa henti apabila melihat bekas kecederaan pada kulit.

• Apabila rasa tertekan, tanpa sedar kamu mula mencabut kulit dengan kuku atau menggigit kulit berulang kali sehingga cedera untuk menghilangkan tekanan yang dialami.

• Ada juga yang gemar menarik rambut atau menggigit kuku berulang kali sehingga merosakan tubuh badan.

• Kadang kala rasa malu dalam diri juga boleh menyebabkan perlakuan obsesif ini berlaku.

Antara Punca Menghidapi Dermatillomania



Banyak faktor yang boleh dikaitkan bagi individu yang menghidapi penyakit gangguan kulit seperti ini, dan salah satu faktornya adalah seperti:

Keadaan mood yang tidak stabil
• Gangguan panik yang teruk
• Tertekan
• Faktor umur
• Tabiat individu
• Dipengaruhi emosi negatif

Jika anda berdepan dengan masalah seperti ini atau kenal mereka yang seperti ini, segera dapatkan rawatan dari pakar. Jangan bimbang, penyakit ini masih boleh dibendung dan juga dirawat.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,173 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen