Rugi Pertahankan Hubungan Yang Pernah Berlaku 5 Perkara Ini. Boleh Jadi Dia Akan Lakukan Kembali.

 

“Setiap orang berhak mendapat peluang kedua”, itulah kata buat mereka yang pernah terluka dalam hubungan. Namun begitu, tidak semua orang akan menggunakan peluang kedua itu dengan sebaik mungkin. Bahkan, hubungan tersebut tidak akan berada dalam perasaan yang sama.

Walaupun sesetenagh orang merasakan bahawa tidak salah untuk beri peluang kedua atau terus mempertahankan hubungan tersebut. Namun, perkara itu sebenarnya merugikan diri anda. Mana tidaknya, hubungan tersebut belum tentu akan kembali pulih seperti sebelum ini.

Nak-nak lagi jika pasangan anda itu telah melakukan beberapa perkara seperti ini.



1. Ditipu pasangan

Menipu untuk menjaga hati itu adalah perkara biasa dalam hubungan, tapi kalau menipu untuk satu perkara yang serius itu bukanlah perkara yang boleh dianggap remah. Sebagai contoh, dia tahu anda tidak suka akan sesuatu perkara tetapi tetap sahaja dia lakukan dan menipu anda. Bahkan, kadang kala dia menipu untuk menutup salah sendiri. Perkara seperti ini tidak boleh dipandang mudah, nanti lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan pula.



2. Berlaku curang

Ramai yang memberi peluang kedua apabila pasangan berlaku curang, tapi perkara ini sebenarnya akan mengubah hubungan. Pasangan anda mungkin akan melakukan perkara yang sama sekali lagi atau berulang kali. Akan tetapi, yang lebih hebat lagi bila anda sendiri tidak mampu untuk memaafkan diri mereka. Tentu hubungan akan menjadi sukar.

3. Jadi pilihan kedua

Jika dia hanya meletakkan anda sebagai pilihan kedua, untuk apa anda terus bertahan jika hatinya bukan milik anda. Dia hanya mencari anda saat bosan dan tidak mementingkan diri anda. Hubungan seperti ini sama seperti bertepuk sebelah tangan sahaja, sampai bila anda nak pertahankan?



4. Sering diabaikan

Si dia lebih memilih bersama rakan-rakan berbanding luangkan masa dengan anda, sibukkan diri dengan kerja ataupun memang jenis suka lakukan hal sendiri. Biasanya anda akan diberikan alasan sibuk atau tiada masa untuk keluar bersama. Jika anda berdepan dengan dengan perkara seperti ini, lebih baik tinggalkan dari terus pertahankan hubungan tersebut.

5. Ambil kesempatan

Ambil kesempatan ini bukan hanya sekadar wang ringgit sahaja, tetapi juga maruah diri dan kebaikan diri anda. Jika dia selalu melakukan ini ke atas anda, dia mendekati anda bukan kerana serius mahukan anda, tetapi lebih hanya ingin ambil kesempatan ke atas anda.

Hubungan yang baik ini bila mana anda dan juga pasangan sama-sama pertahankan hubungan tersebut. Bahkan, jika dia melakukan kesalahan sekalipun, anda perlu pertimbangkan dahulu sebelum membuat keputusan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,844 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen