Hati-hati Dengan Lelaki Bermulut Manis, Ini 5 Tanda Yang Ada Padanya.

 

Siapa yang tidak senang dengan lelaki yang bermulut manis ini, orangnya peramah malah pandai ambil hati wanita. Jadi tentu mana-mana wanita akan lebih mudah untuk mendekati lelaki seperti ini. Tapi, kena berhati-hati, kadang kala lelaki yang bermulut manis ini mempunyai niat yang tidak jelas apabila mendekati seseorang.

Mana-mana wanita tentu mudah beri perhatian terhadap lelaki seperti ini. Mana tidaknya, segala kata-kata yang keluar dari mulutnya itu manis-manis belaka, sedap pula untuk didengari. Tapi itulah, kadang kala lelaki seperti ini hanya berniat untuk main-main sahaja bukan serius. Itu yang membimbangkan.

Namun begitu, tidak semua lelaki bermulut manis ini hadirnya ingin mempermainkan wanita sahaja, boleh jadi ada yang betul-betul inginkan diri anda. Jom kita kenal beberapa sikap yang menunjukkan si dia itu lelaki bermulut manis.



1. Mudah memuji

Lelaki mulut manis ini memang terkenal dengan sikap yang suka memuji wanita. Segala perkara yang dia puji tentu sahaja akan membuatkan hati wanita berbunga-bunga. Mana tidaknya, hari-hari akan kata wanita tersebut cantik, siapa sahaja tidak cair dengan kata seperti itu. Lelaki ini memang murah dengan pujian yang melambung.



2. Mudah berjanji

Bila nak sedapkan hati seseorang perempuan, lelaki seperti ini akan begitu mudah untuk tabur segala janji-janjinya. Walaupun tidak akan mampu dia tunaikan, tetapi dengan janji-janji palsu inilah yang membuatkan wanita percaya dan yakin terhadap dirinya. Anda pun macam itu juga bukan?

3. Tidak pernah kritik

Takut melukakan hati seorang wanita akan membuatkan lelaki yang bermulut manis ini tidak akan mengkritik seorang wanita. Segalanya akan dikatakan cantik dan kata-kata pujian sahaja. Bab-bab nak kritik ini memang tidak akan dia lakukan.

4. Sentiasa tahu pikat hati anda

Penuh dengan kejutan dan kadang kala tahu melawak sepontan sememangnya akan membuatkan mereka lebih bijak dapatkan perhatian wanita. Itu belum lagi kalau mereka ini beri pickupline yang sememangnya mampu buat hati wanita cair.



5. Bijak memujuk

Kalau sudah bermulut manis, pujuk memujuk ini mudah sahaja buat dirinya. Tak perlu masa lama, tentu sahaja dia akan dapat memujuk anda semula. Nampak tak begitu mahirnya mereka ini.

Walaupun tidak semua lelaki bermulut manis ini akan gunakan kemahiran mereka ini terhadap semua wanita, tetapi anda perlu berhati-hati. Mana tidaknya, takut nanti anda terjumpa yang sekadar untuk mempermainkan bukannya yang menginginkan diri anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 628,643 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen