Jodoh Itu Sama Seperti Ajal, Hanya Allah Yang Berhak Menentukan.

 

Bila duduk seorang diri ini, tentu ramai yang berfikir mengenai masa depan dan juga hala tuju hidup. Akan ada yang berfikir bila hidup nak berubah atau macam mana nak ubah hidup, bahkan ada juga yang berfikiran tentu seronok jika sekarang ini sudah mempunyai pasangan hidup. Mana tidaknya, raya nanti kalau berjumpa mak cik pak cik tentu akan pelbagai soalan mengenai jodoh ini.

Akan ada yang tanya;
“Tak akan masih single lagi?”

“Tahun ni tak bawa balik calon menantu untuk mak ayah?”

“Tak fikir akan masa depan ke?”

“Memilih sangat ni.”



Macam-macam persoalan yang akan diterima, walaupun kadang kala ada juga soalan-soalan yang terasa tapi nak buat macam mana, bukannya ini yang anda mahukan.

Setengah orang begitu mudah lemparkan soalan atau kata-kata seperti menghukum anda yang masih bujang. Walaupun dengan niat untuk bertanya atau ingin berbual, tetapi banyak lagi perkara lain yang boleh ditanya dan dibualkan. Sudahnya, yang bujang juga mengecilkan hati.



Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54:
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Kadang bukan mereka ini terlalu memilih atau tidak mahu berkahwin dan pelbagai lagi alasan yang kadang kala tidak wajar dilemparkan kepada mereka-mereka yang bujang. Mana tidaknya, mungkin dia nampak sahaja macam tidak kisah dan tidak ambil tahu mengenai jodohnya, tetapi dalam diam dia memikirkan akan jodoh yang tidak muncul saban hari. Itu belum lagi mereka berdoa kepada Allah agar diberikan pasangan yang terbaik buat dirinya.

Bukan ke yang terbaik itu selalunya akan datang agak lambat. Ini kerana, yang terbaik itu juga akan berhati-hati dalam pemilihannya.



Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Yasin ayat 36 yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”

Bagi pendapat peribadi, jodoh dan ajal ini tidak jauh bezanya. Kita tidak tahu bila kita akan bertemu dengan jodoh kita, bahkan kita tidak tahu bila pula kita akan bertemu dengan ajal kita. Malah yang paling menggerunkan, bagaimana kalau ajal dulu yang datang menjemput kita.

Jadinya, dalam menanti dan mencari jodoh ini, jangan dilupa untuk pastikan juga kita bersedia untuk bertemu dengan ajal kita. Ini kerana, kedua-duanya tiada tanda dan anda tidak tahu bila masanya akan tiba.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 615,638 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen