Jangan Mudah Cair Dengan Pujian Lelaki, Sudah Kebiasannya Lelaki Suka Memuji & Beri Perhatian.

 

Wanita mana yang tidak gembira apabila mendengar pujian. Nak-nak lagi jika kata-kata itu datang dari seseorang yang dia sukai, tentu sahaja dia akan terasa gembira dan bahagia, malah lebih membimbangkan lagi adalah dia akan terus percaya dan cair dengan segalanya mengenai lelaki tersebut.

Perhatian dan pujian itu memang selalu diinginkan wanita, tetapi tidak semua lelaki ikhlas dalam memberi perhatian dan pujian itu. Nak-nak lagi, jika anda ini bukanlah orang yang baru sahaja dikenali atau bukan orang penting dalam hidupnya. Bukan ke itu pelik?

Mungkin anda akan beranggapan bahawa itu cara untuk dia mendekati anda, akan tetapi perlu diingatkan dia mendekati dengan niat yang baik atau sebaiknya.



Jaga hatimu dengan baik, jangan sampai terluka kerana kecuaian sendiri

Tidak kira bagaimana pujian dan perhatian yang dia berikan pada anda, jangan pernah leka. Lebih baik anda menjada hati anda dengan baik jangan sampai anda terluka dengan sesuatu seperti ini. Lebih sedih lagi jika anda hanya bertepuk sebelah tangan sahaja kelak.



Ingat, anda pernah gagal dalam hubungan, sekarang ini tak akan semudah itu anda menyerahkan hati anda

Buat anda yang pernah gagal dalam bercinta tentu sahaja tahu bagaimana peritnya untuk move on, bahkan berapa masa lama yang perlu anda ambil untuk kekal seperti sekarang. Buat yang pertama kali ingin jatuh cinta, anda perlu tahu betapa sakitnya apabila hubungan cinta yang anda harapkan itu hanya sekadar harapan palsu dari dirinya.

Jangan mudah teruja apabila disapa oleh lelaki, kadang bukan semua niat untuk mencintai

Pujian dan perhatian itu boleh datang dari pelbagai jenis orang, boleh jadi yang datang kepada anda itu berniat sekadar nak mempermainkan diri anda. Bahkan boleh jadi yang datang itu benar-benar mahukan diri anda. Jadi, pilih secara berhemah bukannya dengan rasa teruja dan ikut hati sahaja.



Boleh sahaja dia berjanji, akan tetapi anda tidak tahu berapa ramai yang telah dia janji seperti itu

Untuk melapaskan janji-janji yang ini tidak sukar pun, yang menyukarkan adalah untuk melakukan semua janji tersebut. Mungkin anda tidak sedar bahawa telah banyak wanita lain yang mendapat janji seperti anda. Bahkan semua wanita itu akhirnya kecewa kerana janji-janji palsu lelaki.

Jaga diri dan hati anda sebaiknya, jangan beri peluang untuk orang yang tidak bertanggungjawab melukai hati anda buat kali kedua

Jangan lakukan kesalahan yang sama hanya kerana anda yang tidak berhati-hati. Ingat kembali bagaimana anda luka dan terpaksa move on dari kenangan yang melukakan, tidak akan kali ini akan melakukan perkara yang sama lagi? Jaga hati anda agar tidak terluka lagi.

Mana-mana lelaki itu sememangnya suka memuji dan beri perhatian selagi anda belum menjadi miliknya, akan tetapi selepas dia berjaya miliki anda, belum tentu anda dapat perhatian yang sama. Maka dengan itu, hati-hati dalam memilih, jangan mudah tergoda dengan pujian manis dan perhatian sementara.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 591,435 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen