10 Makanan Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus. Stay Safe Everyone!

 

Gara-gara penularan Covid-19 yang semakin meningkat dalam negara, rata-rata ramai yang mencari alternatif lain yang boleh meningkatkan sistem imunisasi diri bagi mencegah diri dari dijangkiti virus. Dan cara terbaik meningkatkan imunisasi diri adalah menerusi makanan.

Jangan panik dan ikut saranan WHO seperti yang telah ditetapkan. Namun begitu, ada beberapa perkara lain yang turut dikatakan membantu menguatkan sistem imun. Ini antara beberapa senarai makanan yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi diri kamu dari serangan virus dan penyakit.

Bawang Putih

Bawang putih sangat berkesan dalam membantu mengurangkan masalah tekanan darah dan juga melambatkan saluran darah menjadi keras.

Bukan itu saja, bawang putih juga membantu meningkatkan imun sistem diri kerana kaya dengan sebatian sulfur yang dikenali sebagai allicin yang dapat melindungi diri dari terkena penyakit selesema dan penyakit lain.



Kunyit



Kunyit sangat terkenal dalam dunia perubatan kerana fungsinya yang berkesan sebagai anti radang, yang dapat merawat penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan juga mengurangkan kecederaan otot. Oleh itu, tingkatkan imunisasi dengan menggunakan kunyit dalam masakan di rumah.

Shellfish

Shellfish merupakan menu terbaik bagi meningkatkan sistem imun dalam tubuh, ini kerana shellfish dapat membekalkan kandungan zinc yang diperlukan oleh tubuh kita. Antara jenis-jenis shellfish yang bagus untuk tingkatkan sistem imunisasi diri adalah ketam, kerang, udang karang dan juga kupang.

Bayam



Sayur bayam sangat bagus bagi meningkatkan sistem imun diri kerana ianya kaya dengan antioksidan, vitamin C, vitamin E, beta carotene dan juga flavonoids.

Halia

Rasa nak muntah, kulit merah-merah kerana radang, sakit tekak, mempunyai penyakit kronik dan sebagainya, maka halia adalah ubat terbaik bagi mengurangi masalah yang dihadapi. Halia merupakan sumber alam semula jadi yang dapat memanaskan badan dan bagus untuk kesihatan.

Kekacang

Kekacang seperti badam, almond dan biji benih matahari sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun diri, kerana ia kaya dengan vitamin E, phosphorous, magnesium, dan vitamin B-6.

Untuk miliki daya imunisasi diri yang kuat dan dapat menentang dari serangan bakteria dan virus, makanan bersumberkan kekacang ini dapat membantu melindungi diri kamu.

Buah-Buahan Sitrus



Fungsi buah-buahan sitrus dapat meningkatkan penghasilan sel darah putih dan juga dapat membekalkan vitamin C pada tubuh bagi melawan penyakit dan virus. Ini antara beberapa jenis buah-buahan sitrus yang bagus untuk kamu makan seperti buah lemon, limau kasturi, buah anggus, buah oren, dan buah limau.

Lada Merah

Lada merah pula mengandungi dua kali ganda jumlah kandungan vitamin C dan ia juga sangat kaya dengan kandungan beta carotene. Kedua-dua kandungan ini dapat membantu menyihatkan kesihatan kulit, mata dan juga sistem imunisasi diri.

Yogurt



Yogurt mengandungi bakteria kultur hidup yang bagus bagi meningkatkan sistem imunisasi diri dan ia juga sangat kaya dengan vitamin D yang berfungsi meningkatkan benteng pelindung diri dari serangan penyakit dan virus dari dalam.

Ubi Keledek

Suka makan ubi keledek yang berwarna oren, kamu beruntung kerana ubi-ubi keledek tersebut sangat bagus dan berkesan bagi meningkatkan sistem imun diri. Ubi keledek kaya dengan beta carotene yang merupakan sumber vitamin A, yang dapat membantu menyihatkan kulit dan juga melindungi kulit dari sinaran ultraviolet (UV).

Ekoran penularan Covid-19, ramai yang mencari ubat-ubatan dan vitamin bagi menguatkan sistem imun diri. Namun bekalan ubat-ubatan dan vitamin di pasaran akan semakin berkurangan, oleh itu dengan sumber bahan semula jadi seperti yang disenaraikan di atas kamu dapat gunakan sebagai alternatif meningkatkan imun diri.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,259 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen