Jangan Panik, Ini 5 Tip Untuk Cegah Wabak COVID-19. Stay Safe Everyone!

 

Bermacam-macam jenis tip dan nasihat telah diberikan bagi mengelakkan penularan wabak virus korona baharu (wabak COVID). Namun terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab masih lagi degil dan berkeras tidak mahu menyambut nasihat yang diberikan.

Mereka masih melancong ke luar negara memandangkan tiket penerbangan semakin murah dan jika sakit, mereka enggan mengambil langkah pencegahan seperti yang disarankan. Itu belum lagi mengambil keputusan untuk pulang ke kampung selepas Perintah Kawalan Pergerakkan Bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

Corak pemikiran cetek dan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja boleh mengundang padah kepada diri mereka sendiri, malah keluarga dan sahabat handai.

Melihat kepada keadaan negara yang semakin teruk, sudah tentu ramai yang terasa agak cemas dan bimbang bagaimana hendak membentras virus ini. Ini beberapa tip berkesan bagi menghadapi wabak COVID yang semakin tular.



1. Basuh tangan secara kerap untuk elak wabak COVID

Jika kita letakkan semua langkah pencegahan berdasarkan prioriti untuk mengelakkan wabak, amalan cuci tangan berada pada kedudukan pertama.

Saranan utama badan kesihatan global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih lagi menyarankan setiap individu kerap mencuci tangan terutamanya setelah mengendalikan sesuatu.

Teknik basuhan itu mestilah menurut langkah yang disarankan dan ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya 20 saat menggunakan air dan sabun.



Jika bahan tersebut tidak terdapat pada persekitaran, gunakan hand sanitizer pada kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%.

Oleh sebab lapisan luar virus diperbuat daripada lapisan lemak, ia mudah untuk dilunturkan oleh penggunaan sabun.

Manusia menyentuh muka pada purata 23 kali sejam dan hampir separuh daripada tindakan tersebut melibatkan sentuhan hidung, mata dan mulut. Justeru, amalan cuci tangan secara kerap dapat menghindarkan jangkitan dengan lebih efektif.

2. Bersihkan permukaan dapur secara kerap untuk basmi wabak COVID

Percaya ataupun tidak, permukaan dapur sebenarnya lebih kotor berbanding dengan lantai jika dilihat pada sudut kehadiran bakteria dan virus. Perkara ini telah dibuktikan oleh seorang Profesor Mikrobiologi di Universiti Arizona, Dr Charles Gerba.

Mungkin kita selalu terlepas pandang akan hal ini, namun dapur merupakan tempat yang paling banyak berlakunya kontak manusia. Sentuhan tersebut boleh menyebabkan benda yang disentuh menjadi tercemar dengan virus (fomit).

Hal ini boleh membuatkan wabak COVID mudah untuk menular terutamanya dalam kalangan ahli keluarga.

Menurut kajian Dr Charles, walaupun anda sering mengelap kabinet dapur, ia mudah tercemar dengan bahan masakan mentah seperti ayam, daging dan ikan semasa proses penyediaan makanan.

Jika anda ingin membersihkan permukaan dapur bagi mengelakkan wabak COVID, gunakan sabun antiseptik yang mudah didapati di pasaran.

Jika tiada, gunakan apa-apa jenis sabun pencuci sedia ada. Tindakan tersebut dianggap sudah memadai memandangkan virus korona sangat sensitif dengan sabun.

3. Cara melancong dengan selamat semasa berlakunya wabak COVID

Oleh sebab WHO telah mengisytiharkan wabak COVID sebagai jangkitan pandemik, adalah lebih baik untuk anda membatalkan perancangan untuk melancong.



Namun, jika negara yang anda ingin pergi tidak mempunyai kes positif virus korona, WHO menyarankan agar anda:

• Cuci tangan secara kerap. Bawa hand sanitizer dengan kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60% ke mana-mana anda berada

• Pastikan anda berada pada jarak sekurang-kurangnya 1 meter daripada individu yang bersin atau batuk. Yang terbaik adalah 2 meter

• Ambil tahu berkenaan dengan nasihat khusus pelancongan daripada badan kesihatan tempatan

• Ikut saranan yang diusulkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau WHO jika ia melibatkan pelancongan antarabangsa

Langkah paling efektif? Batalkan pelan pelancongan anda dan luangkan masa di rumah bersama dengan keluarga. Jika tiada keperluan, usah pentingkan diri sendiri. Ambil langkah selamat.

4. Kekal selamat di tempat kerja atau sekolah

Bagi sesetengah pekerjaan, kontak rapat dengan individu lain tidak boleh dielakkan. Jika anda bekerja sebagai doktor, anda berisiko untuk dijangkiti oleh wabak COVID. Namun, dengan langkah pencegahan yang betul, jangkitan virus korona dapat dielakkan.

Jika tempat kerja anda tidak mengeluarkan arahan untuk bekerja di rumah, pastikan anda membersihkan barang peribadi dan peralatan yang digunakan secara kerap.

Cuci tangan anda menggunakan air dan sabun secara berkala dan elakkan daripada bersalaman atau bersentuhan dengan individu lain.



Jika anda berasa bimbang, rujuk pihak atasan syarikat anda. Ambil tahu sekiranya mereka mempunyai pelan tindak balas sekiranya berlaku jangkitan di dalam pejabat.

Jika polisi membenarkan anda untuk bekerja dari rumah, ambil langkah tersebut. Jangkitan bukan hanya boleh berlaku di tempat kerja malah semasa perjalanan ke tempat kerja.

Risiko anda untuk mendapat wabak COVID terutamanya tinggi sekiranya anda menaiki kenderaan awam.

5. Apa anda perlu lakukan sekiranya mempunyai simptom selesema?
Kunci kepada perkara ini adalah jangan panik. Anda perlu tahu apabila anda mempunyai simptom yang melibatkan saluran pernafasan, ia boleh disebabkan oleh jangkitan virus lain.

Ambil langkah berikut bagi mengurangkan risiko penularan dan komplikasi:

• Tutup mulut anda ketika batuk dan bersin menggunakan tisu. Jika tiada tisu, gunakan lipatan siku. Sesudah batuk/bersin, basuh tangan anda dan buang tisu ke dalam bakul sampah

• Jangan pergi ke mana-mana. Kuarantinkan diri anda di rumah

• Jika anda mengalami simptom sesak nafas, dapatkan bantuan untuk pergi ke hospital

• Konsep pengasingan yang anda harus amalkan perlulah bersifat menyeluruh. Ini bermakna, anda perlu tidur, mandi dan makan berasingan daripada ahli keluarga yang lain



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,259 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen