Ganjaran Pahala Wanita Di Bulan Ramadhan.

 

Bulan Ramadhan bulan kesyukuran yang penuh dengan keberkatan. Allah menjanjikan banyak keistimewaan sepanjang bulan ini. Dalam bulan Ramadhan peluang mendapatkan pahala buat wanita sangatlah melimpah. Ini kerana pada bulan yang mulia ini memberi setiap manusia peluang keemasan yang cukup luas untuk mengaut banyak pahala. Antara ganjaran pahala yang boleh wanita peroleh ialah:



1. Menyiapkan hidangan berbuka.

Ketika berbuka, wanita menjadi orang penting yang akan menyiapkan hidangan berbuka untuk suami, anak-anak serta seisi keluarga.

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya pahala seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya (orang yang berpuasa itu).” (HR Al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah)

Bayangkan berapa banyak jumlah ahli keluarga anda di rumah, maka sebanyak itulah pahala puasa yang bakal akan peroleh. Walaupun ada ketikanya anda terhalang untuk menunaikan ibadah puasa, namun Allah telah menyediakan ladang pahala-Nya yang banyak ketika anda mempersiapkan hidangan berbuka puasa.



2. Mengajak dan menyediakan juadah bersahur.

Saat bersahur juga wanita masih berperanan sebagai orang yang akan mengejutkan keseluruhan ahli keluarganya bangun sekali gus menyiapkan juadah untuk keluarganya bersahur.

Rasulullah SAW menganjurkan orang yang berpuasa untuk sahur, sebagaimana sabdanya,

“Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

 3. Suami beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Ketika anda membantu menyiapkan keperluan suami untuk melaksanakan iktikaf dan menjaga ahli keluarga yang lain di rumah, kaum wanita masih tetap berkongsi pahala dengan suami.

Sabda Rasulullah SAW, “Siapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan siapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang” (HR Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, sambutlah bulan Ramadhan dengan hati yang gembira kerana setiap kebaikan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah SWT akan beroleh ganjaran pahala yang banyak sebagai bekalan hidup kita di akhirat kelak.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,105 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen