Doa Yang Boleh Dibaca Untuk Mencegah COVID-19.

 

Sejak penularan wabak COVID-19 yang dikatakan begitu mudah tersebar dari seorang ke seorang ini, tentu sahaja akan membimbangkan semua pihak. Mana tidaknya, penularan ini telah tersebar di seluruh dunia dan pesakit semakin bertambah dari hari ke hari. Itu belum lagi yang melibatkan kematian.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam berdepan dengan masalah ini, dimana bilangan pesakit dari hari ke hari semakin bertambah. Walaupun pelbagai langkah penjagaan telah tular di media sosial, tetapi tentu sahaja rasa bimbang itu masih menghantui diri setiap individu.



Antara langkah penting yang perlu diamalkan oleh setiap orang pada waktu ini adalah mengelakkan kontak rapat sesama manusia dan sentiasa memakai cecair pembasmi kuman. Selain itu, sentiasa memakai topeng muka dengan cara pemakaian yang betul.


Sinar harian

Antara doa yang boleh diamalkan oleh setiap Muslim untuk mengelak dan mencegah diri daripada penyakit serta wabak berjangkit ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Maksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”
Hadis Riwayat Abu Daud (1554)

Semoga penularan ini berakhir dengan segera.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 590,456 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen