Bila Berkahwin Dengan Orang Johor, Pengantin Lelaki Perlu Berdepan Dengan Tol. Haa.. Ini Tips Buat Anda Untuk Lepas Dengan Mudah.

 

Kalau orang lelaki bertemu jodoh dengan wanita Johor semestinya mereka akan dikenakan tol untuk memasuki rumah pengantin perempuan itu. Buat orang yang tinggal di dalam Johor sudah tentu tidak asing lagi mengenai tol untuk memasuki rumah pengantin perempuan ini. Perkara ini boleh dikatakan satu adat yang memeriahkan lagi meneratkan hubungan silaturahim antara pengantin lelaki dan juga keluarga pengantin. 

Apa yang bertambah uniknya akan adat ini, kadang bukan sekadar hulurkan bayaran tol sahaja akan tetapi ada juga yang siap berbalas pantun. Aduh! Kena betul-betul bersedia nak kahwin dengan orang Johor ini, bakal pengapit pengantin lelaki pun sama juga ya.

Ada yang tertanya apa adat tol ini? Berapa jenis tol yang ada? Dan wajibkah untuk melakukan adat ini jika berkahwin dengan wanita Johor?



Adat tol ini dilakukan untuk memeriahkan majlis sahaja dan tidak wajib untuk dilakukan. Ia dianggap sebagai kenangan manis waktu hari perkahwinan anda. Cuma pengantin lelaki haruslah bersiap sedia terlebih dahulu kerana takut kemungkinan tidak lepas nak bayar tol nanti.



Baiklah petua sebelum bersanding adalah, pihak lelaki perlulah bertanya pihak pengantin perempuan bagaimana dengan kehadiran saudara mara pada hari persandingan nanti. Jika ramai, maka ramailah yang akan berada di kawasan tol.

Tapi perlu diingatkan, kadang kala bukan saudara mara sahaja yang terlibat dalam menjaga tol ini, ada juga yang sekampung turut serta sekali. Jadinya, adalah lebih baik kalau anda menyediakannya secara lebih berbanding kurang.



Kebiasaannya akan ada 3 lapisan tol:

• TOL pintu masuk (majoriti kanak-kanak atau pemuda-pemuda yang rewang kadar TOL 50sen hingga RM1).

• TOL nak naik pelamin (majoriti gadis-gadis, rakan atau saudara pengantin perempuan kadar TOL RM1).

• TOL Mak Andam (Big Bos kadar TOL RM10 hingga RM50 ikut kemampuan).

Sediakanlah dalam 10 keping hingga 20 keping sampul untuk TOL pintu masuk dan 2 keping sampul untuk Mak Andam. Kalau pengapit pandai mengawal situasi boleh menjimatkan kadar TOL anda.

Sedikit tips;

Jangan lupa untuk membodek penjaga tol, tentu akan mudah anda berjumpa pasangan anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,854 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen