Kahwin Lambat Akan Buat Anda Semakin Cerewet Menurut Pakar Psikologi.

 

Selalunya bila orang yang kahwin agak lewat ini masyarakat akan mudah cop mereka ini agak memilih dan terlalu memilih. Rupa-rupanya, mereka bukan memilih tetapi terlalu cerewet dalam memilih pasangan hidup. Sebab itulah masih tak jumpa pasangan yang sesuai lagi.

Tapi bukan hanya cerewet bab itu sahaja, banyak perkara lain yang menjadi punca malah sehingga membuat pasangannya sendiri akan terasa agak stress dengannya. Ia berlainan dengan mereka yang berkahwin di usia muda ini.

“Buat mereka yang berkahwin lewat usia, kecenderungan untuk menjadi lebih cerewet adalah tinggi berbanding mereka yang kahwin di usia muda.”

Itu yang dinyatakan oleh Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani, seperti yang dipetik daripada Awani.



Ini adalah disebabkan mereka sudah terbiasa dengan cara hidup sendiri dalam satu tempoh masa yang panjang, sebelum berkongsi hidup apabila sudah berkahwin.

"Mereka juga risau disebabkan risiko tidak subur dan sukar mendapat anak disebabkan umur yang meningkat. Mereka akan tergesa-gesa untuk mengejar mendapatkan anak yang boleh menyebabkan berlakunya stres di kalangan pasangan.

"Perasaan kegagalan juga mungkin tercetus terutamanya di kalangan wanita akibat kesukaran mendapat anak.

"Dari aspek positif, wanita yang berkahwin lambat ini mempunyai fikiran yang lebih matang serta keadaan kewangan yang kukuh yang menyumbang kepada perkahwinan yang stabil,"

Tambah Dr Firdaus lagi, wanita yang berkahwin lewat adalah satu perkara biasa dalam masyarakat, namun dikhuatiri akan memberikan kesan negatif terhadap kehidupan sosial. Malah, menurut kajian, kira-kira 86.8 peratus responden yang berumur 25 sehingga 49 tahun mempunyai keinginan untuk berkahwin pada umur mininum 31 tahun.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,314 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen