Adakah Dosa Akan Tercatat Bila Niat Melakukan Kejahatan Tetapi Tidak Melakukannya? Ini Penjelasannya.

 

Perasaan ingin mencuba sesuatu perkara yang baru itu sememangnya akan ada dalam diri seseorang. Nak-nak lagi dalam mencuba perkara yang dilarang disisi agama, tentu sahaja kadang kala teringin untuk mendekati. Akan tetapi, kerana takut akan balasannya kelak anda membatalkan niat seperti itu.

Sama juga dengan anda berniat untuk melakukan jahat pada seseorang, tetapi ia sekadar niat sahaja kerana ketika itu anda geram dan sakit hati padanya. Tapi anda tidak melakukan apa-apa padanya, malah mengabaikan sahaja perkara tersebut.

Sudah tentu ada yang tertanya-tanya, bagaimana kalau kita ini berniat untuk melakukan jahat? Adakah akan dapat dosa juga?



Jika kita berniat untuk melakukan kebaikan, Allah akan mengganjarkan satu pahala dan jika kita melaksanakan perbuatan tersebut, Allah akan mengganjarkan sepuluh lagi kebaikan kepada si pelakunya.

Tapi jika seseorang itu meniatkan kejahatan, malaikat pencatat amal tidak akan mencatatkan dosa baginya selagi mana seseorang itu tidak melakukannya.

Namun jika orang itu tidak melakukan dosa tersebut, menurut jumhur ulama seperti Imam Nawawi menyebutkan bahawa, Allah akan memberi kemaafan ke atas seseorang yang berniat kejahatan tetapi tidak melakukannya. Tetapi ada sebahagian jumhur ulama lain menyebut pula bahawa Allah akan mencatatkan pahala ke atasnya jika kejahatan itu tidak berjaya dilaksanakan.

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ
Maksud: “Sesungguhnya Allah memaafkan umatku ke atas apa yang terlintas di dalam dirinya selama dia tidak melakukannya atau bercakap tentangnya.”
Hadis Riwayat Bukhari (5269)

Justeru, jika niat untuk melakukan kejahatan itu tidak berjaya dilaksanakan, maka Allah akan memberi kemaafan dan mencatatkan pahala kepadanya.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,294 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen