Tekanan Akan Sentiasa Ada, Jadi Ubati Stress Anda Dengan 6 Jenis Makanan Ini.

 

Setiap orang tidak akan lari dari berdepan dengan stress. Walaupun stress yang dihadapinya berbeza, tetapi tetap sahaja ia mampu menjadi punca seseorang berasa tertekan dengan apa yang dia hadapinya. Ada orang agak bijak menangani segala tekanan yang dia hadapi, ada pula agak lambat dan tidak tahu bagaimana nak hadapi stress mereka.

Stress yang berlebihan boleh menjadi punca tekanan darah meningkat dan juga meningkatkan bebanan terhadap jantung kita.



Sesetengah orang suka makan apabila dilanda masalah atau apabila tertekan dengan pelbagai situasi yang mendesak. Tidak salah untuk makan dalam situasi seperti ini, tetapi pilihlah makanan yang menyihatkan dan menenangkan seperti makanan berikut:

1. Oat dicampurkan dengan serbuk kayu manis dan madu

Semangkuk oat mampu meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa oleh kerana kandungan serat di dalamnya. Pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan sedikit serbuk kayu manis untuk menghilangkan stress dan juga madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.



2. Coklat gelap bersama kacang badam

Makan coklat gelap dapat menggalakan perembesan hormon yang mencetus rasa gembira. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan enak ini dapat membantu anda kekal tenang dan paling penting, tidak menggemukkan!

3. Campuran bijirin dan kekacang

Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci! Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kekacang dapat menurunkan tekanan dan menggalakkan perembesan hormon yang baik.



4.Keledek

Sudahlah manis, sedap, dan kaya nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Ia mengenyangkan dan juga sedap!

5. Buah beri dan yogurt

Campurkan yogurt dengan apa sahaja jenis buah beri. Ia merupakan sumber protein yang memberi tenaga dan merembeskan hormon anti stres. Anda juga boleh tambahkan buah-buahan manis untuk menambah rasa, sekaligus mencetus sistem imuniti badan.

6. Teh hijau

Asid amino yang ada dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda untuk kekal fokus dan tenang.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,332 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen