Nak Tahu Adakah Ibu Bapa Menyukai Pilihan Anda Atau Tidak, Perhati 5 Tanda Ini. Jangan Bersedih, Restu Ibu Bapa Ini Penting.

 

Dalam mana-mana hubungan ini tersangatlah penting kalau adanya restu ibu bapa kita. Mana tidaknya, dengan restu ini, hubungan akan lebih mudah dan terasa tenang untuk dijalinkan bersama. Nak-nak lagi jika anda ini ingin mendirikan rumahtangga, tentu sahaja restu ibu bapa ini tersangatlah penting demi menjamin hubungan masa depan anda.

Kalau masa bercinta ataupun berkenalan, mungkin perkara ini tidak beberapa penting. Tapi apabila anda mula menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya, sudah tentu anda ingin tahu respon ibu bapa anda terhadap pilihan anda.

Ada sesetengah ibu bapa, dia akan terus menyatakan rasa setuju atau tidak, tapi yang sukarnya adalah mereka yang tidak menyatakan apa-apa tetapi bertindak melalui keadaan. Ini yang susah nak ramal sama ada mereka ini setuju atau tidak dengan pilihan anda.



Haa... buat anda yang nak tahu adakah ibu bapa kalian setuju atau tidak dengan hubungan kalian ke langkah seterusnya, jom lihat tanda ini.

1. Tidak mengajak pasangan anda untuk lebih kenal dengan keluarga anda.

Jika ada musim-musim perayaan mahupun musim kenduri kendara, ibu bapa anda tidak mengajak pasangan anda untuk turut serta. Mereka tidak mempelawa pasangan anda atau menyuruh anda untuk mengajak pasangan anda. Jika mereka lakukan ini, itu tandanya mereka masih belum menganggap si dia itu sebahagian dari keluarga, malah mereka juga tidak bersedia nak kenalkan dirinya dengan ahli keluarga yang lain.



2. Sengaja memuji bekas kekasih anda di hadapannya.

Menyatakan bahawa pasangan anda yang lalu lebih baik darinya sudah tentu akan menguris hati pasangan anda. Mana tidaknya, siapa yang mahu dibanding-bandingkan. Nak-nak lagi jika perbandingan itu sememangnya jelas kekurangan pasangan anda. Jika ini yang ibu bapa anda lakukan, nampaknya hubungan anda masih belum dapat restu sepenuhnya dari ibu bapa.

3. Mereka tidak cuba membuat pasangan anda berasa selesa apabila di rumah anda.

Ada yang beranggapan bahawa tingkah laku ibu bapa adalah untuk menguji pasangan anda sebelum membenarkan dirinya untuk masuk dalam keluarga kalian. Tapi, kadang kala ada udang disebalik batu, dimana boleh jadi tingkah laku mereka ini sengaja kerana ingin membuat pasangan anda rasa tak selesa. Biasanya orang tua akan cuba utamakan kehadiran orang baru dalam rumah mereka bukan? Tapi jika ibu bapa anda tidak lakukan ini, maka berhati-hati okay.



4. Terang-terang beri kata-kata negatif mengenai pasangan anda.

Apabila ibu bapa anda mula menyatakan sesuatu yang negatif mengenai pasangan anda, sebagai contoh gaya pemakaian, percakapan atau mengkritik apa sahaja yang dilakukan pasangan anda. Hat-hati, itu tandanya pasangan anda tidak mendapat tempat di hati mereka. Cuba minta pasangan anda ubah apa yang dikritik mereka itu.

5. Tidak mahu campur tangan dalam hubungan kalian.

Apabila ibu bapa anda buat tak tahu sahaja akan masalah yang timbul dalam hubungan anda, itu tandanya mereka senang jika kalian tidak bersama. Selalunya, ibu bapa ini akan cuba selesaikan masalah anak mereka dengan memberi pendapat tapi jika ibu bapa anda sebaliknya, maka anda perlu jelas akan perkara ini.

Menjalinkan hubungan tanpa restu ibu bapa ini adalah satu hubungan yang sia-sia sebenarnya. Hati tak tenang malah masing-masing akan berdepan dengan salah faham dan kekeliruan. Itu belum lagi kalau sudah berumahtangga, ada yang campur tangan dalam hubungan tersebut.

Jadinya, sebelum membuat keputusan untuk ke langkah seterusnya, pastikan dapatkan restu dari orang tua anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,332 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen