5 Ciri Bad Boy Yang Cepat Cairkan Wanita.

 

Lelaki bad boy kekal menjadi pujaan wanita. Ini dia ciri-ciri bad boy yang cepat cairkan wanita :

1. Konfiden paling utama.

Wanita memang akan sentiasa tertarik dengan lelaki yang yakin pada dirinya sendiri. Untuk 'gilap' karekter bad boy, anda tak perlu fikirkan sangat apa yang orang lain kata selagi anda tidak berbuat salah. Kalau anda rasa nak approach seseorang wanita, approach saja dengan yakin. Lelaki dalam kategori bad boy dikatakan selalu cepat bertindak dan agresif.



2.Knowledgeable tetapi jangan terlalu menonjol.

Berbual dengan gaya bersahaja dan jangan gelojoh! Baru borak sepatah dua kata dah request nombor telefon. Memang 'mintak' penampar kalau buat begitu. Ketika berbual, cari topik-topik ringan macam hobi, melancong atau makanan dan elakkan topik seperti politik atau pelajaran. Kalau berkongsi pengalaman, jangan asyik bercerita seolah-olah anda seorang saja yang hebat. Wanita memang pantang lelaki begini. Ayat yang power boleh earn respect semula jadi daripada wanita. Ingat, Anda tak boleh suruh orang respect anda. Instead, you have to earn the respect!

3. Jadi wira untuk si dia.

Bad boy sejati adalah lelaki yang menjadi penyelamat tidak kira masa dan siapa. Takkan bila dah declare couple baru nak tunjukkan yang anda sanggup membantunya di kala susah dan senang? Sikap 'memerlukan' ini anda patut tanam dalam diri sedari awal lagi. Kalau wanita cerita masalah, dengar dan beri cadangan. Kalau dia dalam kesusahan, bantu dia. Bukannya asyik bercerita tentang masalah anda sahaja.



4. Jiwang bertempat.

Bad Boy selalu memiliki satu atau dua 'kemahiran' seperti bermain muzik. Kalau anda tak tahu muzik atau kelebihan lain, gunakan teknik 'jiwang' seperti memberinya hadiah yang tidak disangka-sangka dengan kata-kata hebat yang memberi inspirasi dalam hidup wanita. Cukup-cukuplah dengan kata-kata 'you complete me' dan sebagainya yang sudah basi. Sekali-sekala, buat suprise masa jumpa dia. Contohnya, keluarkan telefon dengan frontam menghala ke kamu berdua dan katakan 'I have to show you the prettiest girl I've ever seen,' kemudian tekan klik dan tunjukkan padanya!

5. Lawak semula jadi.

Nama pun bad boy, jadi anda mesti tahu berlawak. Tidak kisahlah cerita betul atau cerita dongeng. Selitkan unsur lawak dalam perbualan. Cuma kena pastikan jangan banyak buat lawak lucah kerana wanita sekarang memang pantang dengar benda-benda macam itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 412,056 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen