4 Konflik Dalam Rumahtangga Yang Perlu Anda ''Get Ready'' Selepas Memiliki Anak. Bukan Anak Jadi Punca Tapi Anda Yang Tak Kena Cara.

 

Diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata ini adalah tanda Allah percaya kepada anda itu memegang amanahnya. Dimana, Allah tahu bahawa anda mampu untuk mendidik anak-anak dan menjaga amanah yang diberikan itu dengan baik.

Disebalik ada yang mengeluh menunggu cahaya mata, tetapi anda sangat beruntung apabila diberikan rezeki tepat pada masanya. Seronok-seronok juga bakal bergelar mama papa ini, tapi anda perlu lebih bijak dalam menguruskan anak-anak dan juga rumahtangga ini.

Seperti yang kita tahu, bila lahirnya anak ini, ia akan membuatkan anda lebih banyak fokus kepada dirinya. Fokus pada anak itu tidak salah, tetapi jangan pula sampai abaikan rumahtangga pula.

Lebih banyak dugaan akan datang selepas anak menimang cahaya mata, itu pun kalau anda sendiri yang tidak bijak untuk atasi dan tangani keduanya. Hubungan rumahtangga dan anak-anak ini sama penting ya!


Jadi ini beberapa dugaan yang perlu anda hadapi dengan bijak selepas menimang cahaya mata.

1. Perubahan kemesraan

Sebabkan masing-masing nak lebihkan si kecil sehingga mengabaikan pasangan sendiri. Kadang kala itu, masa yang ada lebih kepada anak kemudian telefon bimbit tapi untuk pasangan tiada pula. Selepas ini anda kenalah bijak untuk bahagikan masa untuk anak, pasangan dan juga media sosial anda. Kena kekal mesra antara satu sama lain walaupun masing-masing tak cukup tidur.



2. Kurang bebas

Dengan adanya anak ini akan membuatkan anda lebih terbatas dalam setiap hal. Nak makan berdua tak boleh dah, keluar dating kena bawa anak malah nak bergurau pun kadang kala anak akan terlibat sekali. Jadinya perasaan kurang bebas ini akan membuatkan hubungan anda renggang. Sebenarnya banyak cara lagi anda boleh gunakan untuk bebas berdua ini, yang penting anda mencari kesempatan itu.

3. Masalah kewangan

Ini adalah perkara yang sangat normal dilalui oleh mana-mana pasangan. Ketika anak masih kecil, memang banyak perkara kena jimat. Jadinya, anda sendiri perlu berjimat cermat bukannya mengeluh dan menghabiskan wang. Utamakan keperluan bukan kehendak.

4. Peranan baru

Kadang dah gelar ibu bapa pun masih tak faham akan peranan masing-masing. Yang si ibu biasanya lebih memahami kerana anak itu lebih memerlukan mereka tapi yang si bapa ini biasanya lepas tangan sahaja. Salah perkara itu, kalau isteri berehat, suami kenalah ambil alih tugas pula. Jangan serahkan semuanya pada isteri.



5. Mudah salah faham

Masing-masing tentu letih menjaga anak yang perlukan perhatian ini, tapi itu bukan punca untuk anda timbulkan salah faham. Setiap perkara boleh diselesaikan dengan berbincang. Jangan jadikan alasan anak untuk semua perkara.

Anda sebagai orang dewasa perlu lebih bijak memikirkan cara dan bertindak untuk pastikan semua perkara dalam keadaan baik. Anak-anak sememangnya perlukan perhatian tetapi pasangan anda juga perlukan perkara yang sama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,332 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen