Suami, Ini Beberapa Cara Anda Menyakiti Isteri Dalam Diam. Hargai Mereka Sebelum Terlambat.

 

Dalam rumahtangga ini perlu ada sikap bertolak ansur, memahami serta saling menghargai. Jika tiada perkara ini, rumahtangga akan menjadi kosong dan sunyi, lalu menimbulkan pelbagai salah faham dan rasa berjauhan dengan pasangan.

Berkahwin ini bukan semata-mata, nakkan seseorang uruskan makan pakai kita dengan baik sahaja, tetapi perkahwinan ini juga menghilangkan rasa sunyi serta melengkapkan apa yang kurang. Berkahwin ini bukan hanya memberi kelebihan kepada diri anda sahaja, tetapi ia menyempurnakan kedua-duanya, sebab itu bila dah kahwin ini jangan main ikut suka hati kita sahaja. Ada hati lain yang perlu dijaganya dengan baik.


Nak-nak lagi kita ini sebagai suami, perlu tahu akan keadaan isteri kita. Malah, kadang kala sikap yang terlajak dilakukan itu jangan begitu berat mulut nak diluahkan. Ini kerana, tanpa sedar kita ini sedang melukakan hati mereka.
Mereka mungkin tidak akan bersuara akan apa yang anda lakukan, tetapi bila semakin banyak luka yang terpendam, yang tinggal nanti bukan lagi kasih sayang dan perasaan cinta tetapi hanya sekadar rasa tanggungjawab sahaja. Jangan masa itu nanti baru anda nak sedar semuanya.

Berikut adalah beberapa perkara yang melukakan hati isteri tanpa anda sedari;

1. Utamakan kerja

Isteri-isteri faham bahawa anda perlu berkerja untuk mencari rezeki demi keluarga, malah ada juga yang buat sampai dua kerja demi tambah rezeki. Namun, jangan terlalu sibuk dengan kerja sampaikan anda tidak ada masa untuk berkongsi rasa dengan pasangan anda. Kerja-kerja juga, tapi gembirakan hati isteri juga penting. Isteri akan rasa sunyi kalau anda terlalu sibuk dengan kerja anda sahaja.



2. Utamakan rakan-rakan

Lepas balik dari kerja terus sibuk nak lepak dengan rakan-rakan pula, bukan sekejap tetapi sehingga lewat malam dan setiap hari. Kalau hari-hari kena tinggal, isteri mana yang tidak makan hati. Sudah tentu dirinya akan merasakan lebih baik bujang daripada berkahwin tetapi semua perkara dia buat sendiri. Tak salah nak keluar lepak bersama rakan-rakan tetapi jangan ketepikan yang tersayang. Ini baru lepak, belum lagi bab beri pinjam duit pada rakan dahulu.

3. Tidak bercakap dengannya

Isteri ini tersangatlah mudah tersentuh, bila anda pulang ke rumah tanpa bercakap dengannya sudah tentu akan membuat hatinya terasa. Nak-nak lagi bila bangun tidur tetapi anda takpun bercakap atau memulakan perbualan, mahu dia akan bermasam muka dengan anda seharian. Walau apa pun keadaan, jangan tidak bercakap dengan isteri anda.



4. Sentiasa dingin dengannya

Seorang isteri ini lembut hatinya, jadi bila anda bertindak dingin dengannya tentu sahaja dia akan terasa. Sebagai contoh, anda tidak melayan segala perbualannya, malah anda membiarkan dia tertanya-tanya apa silapnya. Walaupun dia melakukan kesalahan, tetapi jangan begitu dingin dengan dirinya. Ini akan membuat dirinya tawar hati dengan anda.

5. Kata-kata kasar

Walaupun ada yang beranggapan bahawa isteri ini juga merupakan rakan baik tetapi itu bukan bermaksud anda boleh mengeluarkan kata-kata kasar pada dirinya. Tidak kiralah terhadap apa jua keadaan sekalipun, anda perlu menjaga kata-kata anda agar tidak menguris hatinya.

Jangan anggap bahawa berbuat baik dengan isteri ini tidak memperolehi apa-apa. Sebenarnya kalau anda berbuat baik dengan isteri-isteri ini, laluan rezeki diperluaskan malah rezeki akan datang tanpa disangka-sangka. Jadi, berbuat baiklah pada isteri-isteri anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,279 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen