15 Teknik ‘Tambat’ Pasangan.

 

Anda baru melangsungkan perkahwinan? Pastinya hubungan masih hangat tetapi bagaimana pula dengan pasangan yang berbelas tahun mendirikan rumah tangga? Masihkah semesra dulu jelingan atau sudah dingin bagaikan salju? Kami kongsikan cara untuk tambat hati pasangan anda.



1. Apabila berbual atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan pasangan dengan erat, duduk rapat, baring bersama atau biarkan pasangan berbaring di atas ribaan anda.

2.Cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

3. Temankan pasangan apabila melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.

4. Letakkan barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawanya semua.



6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Mengemas tempat tidur umpama baru berkahwin.

8. Ceritakan mengenai karenah anak yang membuat pasangan anda gembira tau geli hati.

9. Usah dera pasangan secara fizikal dan batin.

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat atau orang yang ditemuinya.



11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium danbelai pasangan sebelum bertugas.

15. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen