"Dalam Rumahtangga, Diam Itu Bukan Emas. Tapi Batu Yang Meruntuhkan Atau Batu Yang Jika Kena Pada Diri Amat Menyakitkan..."

 

Dalam hubungan rumahtangga, komunikasi itu tersangatlah penting untuk menjernihkan segala perkara dan pertahankan hak masing-masing. Mungkin akan ada pasangan suami isteri yang suka berdiam diri dan biarkan sahaja pasangan melepaskan segala kata-kata mengikut marahnya dia. Tapi, tanpa penjelasan, hubungan tersebut masih sahaja bukan satu hubungan yang baik.

Apabila anda lebihh banyak mendiamkan diri, maka lebih banyak anda akan simpan di dalam hati anda. Apabila ia simpan dalam hati, ia ibarat bom yang boleh meletup dan memusnahkan segalanya. Jadi lebih baik kalau anda luahkan semua perkara itu berbanding menyimpan dalam hati seorang diri. Jadi suka duka dalam rumahtangga, jangan lupa untuk luahkan.

Berdasar petikan yang dikongsikan oleh saudara Abu Hurairah Asifa, dalam rumahtangga, diam itu bukan emas. Tapi batu yang meruntuhkan atau batu yang jika kena pada diri amat menyakitkan.


Maka, suami isteri perlu kepada kata-kata.

1. Kata-kata lembut

Supaya isteri dan suami menjadi tenang, disaat nafsu dan syaitan mencurah api mahu meruntuhkan bahagia mereka berdua. Kata lembut juga mampu membuatkan apa saja keadaan akan menjadi baik semula. Belajarlah berkata lembut walau ia susah dan pahit, namun Allah mengganjarkan bahagia buat mereka yang mengusahakannya.



2. Kata-kata berbekas

Supaya ia kekal menjadi ingatan dan panduan buat suami dan isteri. Isteri ingatkan neraka Allah kalau suami tidak solat. Suami ingatkan isteri tentang aurat dan syariat. Syaratnya, suami tegas dan isteri berbahasa. Dalam hal ini, suami tetap dihormati dan isteri disayangi.

3. Kata-kata mulia dan hormat.

Supaya rasa fitrah yang ada dalam diri suami dan isteri, kekal dan menjadi penguat dalam rumahtangga sehari-hari. "Terima kasih suamiku". "Terima kasih juga isteriku" dan apa saja ucapan yang memuliakan pasangan, akan menumbuh cinta dan hormat dan antara keduanya.



4. Kata-kata menyenangkan.

Supaya suami isteri kekal bersemangat untuk menjalankan kerja harian dan tugas masing-masing didalam rumahtangga. Puji masakan isteri. Rai kecantikannya. Dengar masalahnya. Juga isteri mendampingi suami. Memberi dan hiburkan diri suami. Berikan kata-kata juang semasa suami mahu pergi bekerja. Semuanya nanti akan memberikan ketenangan.

Bahagia bukan cerita.
Bahagia bukan drama.
Bahagia bukan sekadar tulisan dan kata-kata semata.
Bahagia adalah ujian yang dilalui dan suami isteri itu kekal bersama Tuhan sampai mereka mati.

Yang mencintai Allah. Kerana mengerti, pengorbanan didalam rumahtangga adalah penghantar cinta mereka buat syurga yang dibina.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,294 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen