Selalu Kata Suami Dah Tak Sayang Selepas Kahwin, Ini 5 Bahasa Kasih Sayang Yang Orang Perempuan Kena Faham.

 

Orang perempuan selalu cakap yang lelaki ini selepas kahwin sudah tak sayang mereka lagi, selalu sangat cakap lelaki ini berubah selepas kahwin. Ini kerana, mereka sudah tidak rasa lagi perhatian dan kasih sayang pasangan mereka. Sebab itulah mereka merasakan pasangan mereka ini mula berubah, sedangkan tidak sebenarnya.

Sebagai orang perempuan, kadang kala kita kurang peka akan bahasa kasih sayang yang diberikan oleh pasangan maka kita selalu menganggab bahawa dirinya kurang beri kasih sayang pada anda. Sedangkan, pasnangan telah sedaya upaya berikan yang terbaik, cuma anda sahaja yang rasa tak cukup.

Rupanya kita ada 5 bahasa kasih sayang. Ramai yang tidak tahu terutamanya orang perempuan, ikuti perkongsian Saidatul Husna yang sememangnya akan membuka mata para wanita. Menurutnya, beliau dapat tahu bahasa kasih sayang ini pun dalam kelas PMC bersama Prof Muhaya. 

Pernah tak kita rasa mencabar nak faham bahasa seseorang. Bukan bahasa pertuturan, namun bahasa dalaman mereka.


Contohnya kalau pasangan suami isteri, si isteri bagitahu saya sayang awak, awak kacak, awak hebat kemudian suami buat tak endah. Kita pun hairan, kecewa pun ya.

Kalau suami pulak bukan main dah ni tolong isteri buat kerja rumah, kemudian isteri rasa macam belum cukup je. Ada sesuatu yang tidak lengkap.

Mungkin itu tanda kita belum kuasai bahasa kasih sayang kita. Dalam sains, setiap dari kita ada kod yang menentukan bahasa kasih sayang masing masing. Perkara ini terjadi dari lahir dan boleh berubah mengikut suasana kita dibesarkan.

Jom teruskan bacaan, apa itu bahasa kasih sayang. Ada 5 semuanya iaitu :-

1) Word of affirmation (ucapan)

Jika kita suka orang puji contoh awak baik, awak bijak, awak cantik sangat hari ni, mungkin kod kasih sayang kita adalah dengan word of affirmation iaitu ucapan baik.



2) Receiving gift.

Jika kita suka beri hadiah dan menerima hadiah walaupun sekecil benda, rasa excited rasa gembira walaupun sebatang pen saja, mungkin kita jenis receiving gift iaitu suka menerima hadiah.

Saya ada kawan masa belajar di Mesir, asal hari jadi kawan je dia paling bersungguh carikan hadiah. Katanya memang suka bagi hadiah, rasa macam terapi.

3) Quality time.

Wah yang ni best. Jika kita tidak kisah orang puji, tidak kisah orang tak beri hadiah, mungkin kita sukakan masa berkualiti dengan orang yang kita sayang.

Pattern orang begini mereka sangat pentingkan masa. Suasana tenang, sunyi, tempat yang selesa membantu orang quality time menghargai setiap momen bersama orang tersayang.



4) Act of service (Bantuan)

Perasan tak ada orang tidak terkesan dengan kata manis, sentuhan, hadiah dan masa berkualiti, namun sangat hargai sesiapa yang membantunya buat kerja.

Jadi bila dengan orang begini, fokuskan pada bantuan dan ringan ringankan tulang bersamanya.

5) Physical touch (Sentuhan)

Sentuhan ini biasanya ada pada orang kinestatik. Kita ada 3 jenis elemen. Samaada visual, auditory ataupun kinestatik. Orang kinestatik sukakan pergerakan, tidak boleh duduk diam dan sensitif pada sentuhan.

Kadang kadang warga emas contohnya emak kita ada bahasa kasih sayang ini. Mereka sukakan sentuhan dan perhatian.

Inilah 5 bahasa kasih sayang menurut sains. Agak agaknya kita yang mana satu ya. Boleh juga main teka teki dengan orang sekeliling kita, pasangan, mak ayah atau anak. Mesti mereka baru tahu dan teruja selepas tahu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,279 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen