Kebimbangan Akan Masalah Kesuburan Memang Perkara Utama Buat Kaum Wanita, Ini 5 Tanda Wanita Menjadi Kurang Subur.

 

Ada orang diberikan anak awal dalam rumahtangganya, ada pula yang diberi agak lambat sedikit bahkan ada juga yang telah bertahun menunggu masih juga belum mendapat rezeki. Anak ini sememangnya rezeki dari Allah tapi, tetapi usaha dalam perkara ini juga amat diperlukan.

Nak-nak lagi orang perempuan ini sangat bimbang kalau dirinya tidak subur. Mana tidaknya, ketidaksuburan seseorang wanita itu juga boleh menjadi lambang diri sendiri. Sudah pasti perkara ini akan membuatkan dirinya dipandang serong oleh sesetengah pihak.

Sebenarnya masalah kemandulan ini masih boleh dirawat dengan melakukan pembedahan ataupun ubat-ubatan. Malah wanita yang menginginkan cahaya mata. Pada mereka yang sudah lama mendirikan rumahtangga sehingga menunggu masa selama setahun untuk mendapatkan zuriat sehingga sanggup melakukan apa saja demi ingin merasai nikmat terindah itu. Normal atau tidak tanda tidak subur berlaku di kalangan wanita?


Soalan sensitif seperti “tak beisi lagi ke?” “tak ada anak lagi ke” ataupun “tak akan merancang ke?”, perkara-perkara ini sangat sensitif sebenarnya walaupun ia dianggap soalan sahaja.

Nak tahu anda ini subur atau tidak, berikut merupakan 5 tanda yang tidak boleh anda abaikan sama sekali. Kalau boleh segera mendapat nasihat dan rawatan daripada pihak yang lebih pakar.

1. Tidak datang haid

Setelah melepaskan kawalan kelahiran, selalunya akan mengambil banyak masa selama beberapa bulan bagi mengawal kitaran haid. “Tidak mentruasi bermaksud wanita tersebut tidak ovulasi dan mempunyai sedikit peluang untuk mnegandung tanpa memerlukan bantaun.



2. Kitaran haid tidak teratur

Jika anda kerap mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan tidak tahu bila ia terjadi. Kitaran haid yang berlaku secara sporadis adalah salah satu petunjuk tentang gangguan ovulasi yang tidak seimbang dan proses persenyawaan semakin sukar, kata Dr. Sheeva Talebian selaku Endocrinologist Reproductive di Reproductive Medicine Associates of New York.

Sindrom ovarium polikistik, ketidakseimbangan tiroid dan amenorea hipotalamik (pemberhentian menstruasi kerana terlalu banyak latihan dan kekurangan makanan). Haid yang tidak teratur juga merupakan salah satu tanda rizab induk telur yang semakin menurun disebabkan oleh endometriosis atapun kegagalan ovari awal.


3. Pendarahan antara kitaran haid

Seorang wanita akan mengalami pendarahan setiap kali mentruasi. Menurut Dr. Talebian, pendarahan di antara jadual haid atau selepas berhubungan seks boleh menunjukkan polip uterus atau fibroid, atau berlakunya kecederaan pada serviks. Selain sukar untuk mengandung, pendarahan juga perlu diperiksa oleh doktor pakar bagi mengetahui sejauh mana hal-hal sebegini berkaitan kanser.

4. Darah haid yang terlalu banyak

Sekiranya darah haid mengeluarkan jumlah yang banyak dalam satu jam selama beberapa jam tidak kira darah besar ataupun pendarahan, itu diklasifikasikan sebagai masalah yang berat. ia juga boleh menjadi tanda fibroid pada pangkal rahim ujar, Dr Marcy F. Maguire yang merupakan seorang ahli Endokrinologi reproduktif di Associated Medicine Reproductive New Jersey.



Mnegalami mentruasi berat juga berkaitan dengan gangguan pendarahan yang tertentu ataupun ketidakseimbangan endokrin. Fibroid juga boleh mengecut ataupun mengalami pembedahan jika mereka menghalang kehamilan. Sementara gangguan darah boleh dirawat dengan ubat-ubatan.

5. Terasa kebas di bahagian pinggul

Kerap rasa kekejangan dan sakit yang teruk setiap kali datang haid ataupun selepas berhubungan intim, itu yang dimaksudkan dengan endometriosis. Tisu yang sepatutnya menghubungkan rongga-rongga rahim yang berada di luar rahim di pinggul. Tambah Dr Maguire lagi, endometriosis juga boleh menyebabkan parut di dalam struktur pelvis. Ia menjadi punca mengurangkan kesuburan dan meningkatkan risiko kehamilan ektopik.

Endometriosis boleh menyebabkan kekurangan rizab telur dan sangat disyorkan melakukan rawatan kesuburan. Tarasa sakit pada pinggul serta diikuti gejala demam dan pembuangan vagina yang tidak normal salah satu tanda terkena jangkitan dan mencetuskan parut.

Jangkitan pada pinggul juga mampu meningkatkan risiko yang menyebabkan tiub fallopian tersumbat menurut penerangan Dr marshall. Sebaiknya, jika berlaku perkara-perkara yang pelik pada tubuh badan, sebaiknya terus pergi mendapatkan pemeriksaan sama ada terdapat masalah ataupun tidak. memastikan ovari tidak tersekat bila pasangan suami isteri memulakan program kehamilan. Dapatkan nasihat dari doktor pakar dengan segera supaya anda mengetahui masalah yang dihadapi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,314 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen