Petua Orang Dulu-Dulu Dalam Cari Jodoh, Kenal Keserasian Pasangan Melalui 4 Usur Alam. Jom Ambil Tahu Pe'el Buah Hati Anda.

 

Orang tua dulu-dulu banyak pantang larang dalam mencari jodoh. Ada yang beranggapan bahawa anak bongsu tidak sesuai jika bersama anak bongsu, ada juga yang menyatakan anak ketiga ini agak keras dan tidak sesuai dengan anak kelima. Aduh, macam-macam pantang larang mereka ini dalam bab jodoh ini.

Orang dulu-dulu jugak cakap, manusia itu sendiri dipengaruhi oleh unsur-unsur kejadian. Asal kejadian manusia itu dari tanah, tanah itu sendiri termasuk dalam sebahagian unsur kejadian selain air, api dan angin. 

Tujuan dia? Kenapa ada petua ni? Orang cakap supaya kita boleh carik keserasian pada pasangan kita serta mencari kebahagiaan. Tidak pasti dimana tahap keberkesanannya tapi anda boleh cuba kalau ingin tahu. 


Cuba tengok jadual kat bawah ni. Kita boleh tahu pe'el seseorang tu bila kita tahu kedudukan dia dalam family.



Ini pula pe'el manusia yang ada kaitan dengan unsur alam tadi based on kedudukan dia dalam family tadi.









"Wahai manusia! Sesungguhnya telah kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan kami jadikan kamu bergolongan dan berbangsa-bangsa, supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah"
[al-Hujurat : 13]

Ada yang berpendapat bahawa api tidak boleh bersama api nanti selalu bergaduh bahkan api juga tidak boleh bersama air dan macam-macam lagilah.

Ini adalah beberapa gabungan yang sesuai dengan tidak, tak tahu betul atau tidak tapi boleh diambil sebagai panduan dalam mencari jodoh.

Unsur api + unsur angin - Pasangan yang penuh dengan kasih sayang. 

Unsur air + unsur tanah - Tahap ekonomi meningkat. (disebabkan pasangan yang berunsur tanah nie kebanyakan nye yang banyak duit) -allah uji tahap kesyukuran terhadap nikmat yang allah berikan.

Unsur tanah + unsur api - Pasangan berunsur api selalunya pandai dengan pujuk rayu dan pandai bermain kata-kata. Apabila dua unsur ini bertemu jadinya panas. 

Unsur tanah + unsur angin - Apabila dua unsur ini bertemu jadinya kering aka dingin. Pasangan ini selalunya akan berendam air mata, rumah tangga pasangan ini banyak bergaduh.

Unsur air + unsur angin - Apabila dua unsur ini bertemu jadinya sejuk & nyaman. Kebanyakan apabila pasangan ini hanya berkawan.. Hubungan persahabatan ok saja. Andai pasangan ini berkahwin, rumah tangga tidak dapat dijamin kekal.

Unsur air + unsur api - Apabila dua unsur ini bertemu jadinya basah. Kebanyakan pasangan ini dapat dinilai apabila berada di pasar raya. Kebanyakan pasangan yang lelaki nya akan bawak troli. Yang perempuan akan memilih barang. 

Unsur angin unsur angin - Anak yang dilahirkan "down sindrom" 

Unsur api unsur api - Disebabkan terlalu mengikut perasaan (rujuk kembali sifat dominan). Anak yang dilahirkan mungkin akan tomboy atau lembut.

Unsur air unsur air - Anak yang dilahirkan adalah anak yang genius. Pasangan ini perlu menggunakan fakta untuk menerangkan sesuatu benda andai anak mereka menanyakan sesuatu.

Unsur tanah + unsur tanah - Anak yang dilahirkan anak yang bersikap hyperactive. Anak pasangan ini kurang mendengar cakap orang.

Tapi ini adalah petua orang dulu-dulu, terpulang pada anda semula nak percaya ataupun sebaliknya.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,184 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen