Wanita Miliki Berat Badan Berlebihan 3 Kali Lebih Terdedah Dengan Masalah Kesuburan.

 

Ada orang tidak kisah pun dirinya mempunyai berat badan yang berlebihan. Ini kerana, mereka merasakan bahawa mereka cukup yakin dengan penampilan mereka itu. Namun disebalik itu, ada perkara yang ramai tidak tahu akan memiliki masalah berat badan yang berlebihan terutama berkaitan dengan kesuburan.

Mengalami masalah berat badan yang berlebihan obesiti atau kegemukan, bukan saja boleh mendedahkan kepada seseorang yang mempunyai risiko mengalami penyakit tetapi menurunkan tahap kesuburan di dalam kalangan wanita.
Menurut kajian, terdapat sebanyak 40 peratus wanita akan mengalami kesukaran hamil disebabkan oleh masalah obesiti. Satu dari tiga orang wanita mengandung yang hadir ke klinik akan cenderung mengalami masalah berat badan berlebihan dengan kadar Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang melebihi 30.


Menurut Dr Mohammad Farouk Abdullah yang merupakan Ketua dan pakar Perunding Kanan dan Pakar Perubatan eproduktif, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HTAR berkata, kebanyakkan wanita yang mengunjungi klinik beliau dalam usia awal 20-an dan mengalami masalah sukar untuk hamil disebabkan masalah kegemukan ataupun obesiti.

Kebanyakkan wanita yang bersaiz besar atau gemuk akan mudah terdedah dengan masalah gangguan kesuburan. Namun bagaimana pula kepada wanita yang mempunyai berat badan yang kurang? Adakah ia mampu mempengaruhi masalah kesuburan juga? Mari kita lihat penjelasan lengkap di bawah.



Apa kata doktor?

Menurut satu kenyataan yang dilaporkan pada hari Ahad 16 Februari 2020, iaitu Dr Thomas Chayadi selaku Spesialis Obstetrik dan Kebidanan berkata, tahap kesihatan reproduktif juga mempunyai kesan yang tidak baik dengan perningkatan indeks jisim badan (BMI) atau obesiti berbanding wanita yang emmpunyai bacaan BMI yang biasa.

“Kepada wanita yang mempunyai bacaan BMI yang tinggi atau obesiti, mereka kemungkinan mempunyai risiko yang tinggi 3 kali lebih cenderung untuk menghadapi masalah kesuburan, ovulasi yang lebih rendah (Penurunan Kualiti Telur), kadar kehamilan yang rendah (Penurunan Kualiti Embrio) dan peningkatan risiko untuk mengalami keguguran,” ujarnya.

Tambah Thomas lagi, bagi wnaita yang mempunyai masalah kekurangan berat badan juga boleh terganggu masalah pembiakan seperti gangguan sekresi hormon seks yang lebih rendah sehingga mencetuskan gangguan ovulasi, gangguan kitaran haid dan pemicu seks lebih rendah.

Wanita yang mempunyai masalah kekurangan berat badan hampir dua kali ganda risiko mengalami masalah kesuburan juga. “Cara mengatasinya adalah, mereka harus menjaga dan menambahkan status pemakanan yang sihat bagi memulihkan masalah kesuburan atau timbulnya kesan buruk yang lain dari MBI yang rendah,” kata Thomas lagi.

Oleh itu sangat penting agar menjaga pemakanan yang baik supaya segelintir wanita yang mempunyai masalah kesuburan supaya mendapatkan BMI yang normal. Kaedah itu boleh membantu dan mengimbangi hormon untuk meningkatkan lagi kesuburan anda.

Apakah jenis hormon yang harus di imbangi sebagai keseimbangan? Di dalam tubuh badan sudah pasti ada paksi hipotalamus-pituitari-ovari, dan ia merupakan paksi bagi menghasilkan hormon gonadotropin yang bertindakbalas bagi merangsang pembentukan dan mematangkan telur.

Hormon etrogen juga memainkan peranan yang besar dalam perkara tersebut. Ia bertindak menyediakan lapisan rahim dan menerima embrio untuk implantasi dan kehamilan. Jika salah satu hormon terganggu, anda harus mengambil tahu punca gangguan itu.Gangguan boleh terjadi jika kerap makan makanan yang tidak mempunyai khasiat atau ia akan memberikan masalah dengan fungsi organ-organ pembiakan. Dr Thomas juga turut mencadangkan supaya mereka yang mempunyai masalah kesuburan ini berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan untuk menentukan keadaan dan risiko gangguan. Mengamalkan pemakanan yang sihat juga sangat disarankan.

Memiliki cahaya mata sememangnya di idamkan oleh semua wanita dan pasangan. Oleh itu, jika mempunyai masalah kesuburan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lebih lanjut.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,831 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen