Bakal Isteri Kena Belajar Pikat Hati Suami, Barulah Suami Lekat Di Rumah.

 

Masalah suami suka keluar rumah bukan satu isu yang baru lagi dalam rumahtangga. Nak-nak lagi bila suami lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakannya di luar berbanding menghabiskan masa di rumah bersama anak-anaknya. Tidak hanya itu sahaja, apabila berlaku perselisihan faham pun, suami lebih mudah angkat kaki untuk keluar berbanding berbincang selesaikan masalah.

Menjadi satu kebimbangan buat bakal-bakal isteri, jika mereka ini terpaksa berdepan dengan suami yang seperti ini. Mana tidaknya, segala kerja rumah akan diserahkan bulat-bulat pada isteri tanpa memperdulikan keadaan isteri itu sendiri.

Seorang isteri bukannya mahu suaminya duduk 24jam di rumah dan melihat dirinya sahaja tetapi seorang isteri lebih menyukai jika suaminya habiskan lebih banyak masa bersama dia dan anak-anak berbanding habiskan masa bersama rakan-rakannya. Bukannya tidak boleh keluar melepak atau apa pun, tapi jangan sampai abaikan tanggungjawab pula.


Ada beberapa cara yang bakal isteri perlu terapkan, bahkan ia juga boleh dipanggil sebagai taktik memikat hati suami. Suami ini memang banyak ragamnya tapi itulah tempat kita berlindung, jadi kena memikat hati mereka.

1. Pastikan keadaan rumah sentiasa selesa

Rumahku adalah syurgaku, bila keadaan rumah selesa maka suami pun akan selesa untuk berehat di dalamnya. Bukan suruh rumah sentiasa rapi dan bersih tetapi pastikan ia tersusun dan menenangkan. Jangan segala sepahan anda pejamkan mata sahaja.



2. Kurangkan bebelan

Walaupun anda berada dalam keadaan penat, tapi pasangan anda juga merasai perkara yang sama. Bebelan atau leteran ini hanya akan menambah stress dirinya sahaja. Jadi bila anda merasakan dia lebih penat dari biasa atau baru pulang kerja, beri masa untuk dia berehat sebentar tanpa perlu leteran yang panjang.

3. Rajin menghias diri

Dekat rumah ke keluar rumah pun, anda perlu bijak untuk hias diri anda. Ini kerana, jika anda tahu menghias diri anda tentu sahaja akan menyejukkan pandangan mata pasangan anda. Bagi wangi-wangi sikit tentu membuatkan suami selesa untuk di rumah.

Isu ini nampak sahaja macam kecil dan tiada apa, tapi sebagai isteri perlu ada usaha yang anda lakukan untuk pikat hati suami. Jangan bila suami anda keluar rumah dan selalu lepak bersama rakannya membuatkan anda makin memarahinya. Akan tetapi gunakan cara halus untuk dirinya terpikat dengan sendirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,852 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen