"Anak Itu Tanggungjawab Bersama, Jangan Biarkan Isteri Uruskan Seorang Diri..."

 

Jangan begitu mudah lepaskan tanggungjawab seorang ayah kepada ibunya, sedangkan kasih sayang seorang ayah itu lebih membentuk siapa anak-anak itu kelak. Cuba bayangkan kalau anak-anak mendapat kasih sayang yang cukup dari ibu bapa mereka, sudah tentu dia menjadi anak yang tahu berbakti kepada orang tuanya.

Tanggapan mudah bagi seorang bapa adalah anak itu lebih rapat dengan ibunya, maka biarkan ibunya yang menguruskan segalanya. Sedangkan, itu juga anaknya, maka dia juga perlu menguruskan bersama agar anak-anak lebih rasa kasih sayang keduanya.

Seperti kata-kata Firdaus Shakirin, anak itu tanggungjawab bersama, jangan biarkan isteri uruskan seorang diri. Tidak kiralah serapat mana anak-anak pada ibunya, selewat mana anda pulang dari kerja, anak-anak adalah tugas bersama. Mereka ini adalah amanah yang diberikan kepada anda untuk menjaganya sebaik mungkin.


“Cuci berak, isteri.. bagi mandi, isteri...pakai baju, isteri...suap makan, isteri...ajar keje sekolah, isteri...ajar mengaji, isteri...tidurkan anak, isteri...”

A to Z tentang pengurusan anak, semua isteri yang buat dari dia baby sampailah anak tu besar. Kita yang jadi suami, terus serah bulat-bulat tanggungjawab membesarkan, mendidik dan membimbing tu atas bahu isteri.

"Tengok anak jadi macam tu sebab cara awk salah dalam membesarkan dia..."

Isteri salah sebab anak nakal...isteri salah sebab anak hyper...isteri salah sebab anak kurang pandai...isteri salah sebab anak out of control...

Then, what is your function as a dad? Where and when you need to act as a dad?

Bukan bila dia dah besar, baru kita nak marah-marah dia. Bukan bila dia dah besar, baru kita nak tangan-tangankan dia. Bukan bila dia dah besar, baru kita nak dekati dia.

Fungsi ayah tu sejak anak dilahirkan.

Dari situ kita dah kena bersama-sama isteri untuk membesarkan dan menguruskan anak.

Ini tak, suruh basuh berak pun dah marah-marah. Suruh ajar anak keje sekolah, kita kata sibuk. Suruh main dgn anak, suruh layan anak, buat la sejam. Pastu tak tahan, tak nak dah, tak boleh dah, terus pass kat isteri.

Ya, kita sibuk cari rezeki...ya, kita keluar bekerja...ya, kita balik rumah dah malam...ya, kita letih dan penat...

Tapi itu anak kita dan kita perlu untuk mendidik dan membimbingnya. Ianya lebih dari sekadar menyediakan kewangan dan keperluan untuk anak tersebut. Suami perlu bersama isteri dalam soal menjaga, membesarkan dan mendidik anak dari dia kecil sehinggalah dia besar.

Jadi suami ni, jangan hanya tahu untuk buat anak, tahulah sekali untuk menjaga dan menguruskan anak.

Jangan biarkan isteri uruskan seorang diri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,802 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen