Duit Kahwin Sukar Nak Cukup Walaupun Dah Lama Kumpul, Amalkan Surah Ini Setiap Hari Selepas Solat.

 

Nak kumpul duit kahwin ini tidak semudah yang disangkakan. Ada yang ambil masa bertahun-tahun nak kumpul RM20 ribu, ada juga yang sekejap sahaja nak kumpul. Bukan hanya itu, ada juga yang beberapa kali tunda perkahwinan kerana wang masih belum cukup lagi.

Perkahwinan ini mudah sahaja, tetapi dek kerana terlalu menjaga adat dan juga terikut-ikut akan orang lain, ia menjadi beban dan membebankan.



Tapi jangan kecewa, mungkin ada lagi perkara lain yang masih anda belum lakukan. Sudahkah anda amlakan surah yang dapat membantu anda melepaskan rasa kesusahan dan juga melancarkan rezeki anda? Hanya perlu dibaca 7 kali selepas solat.



Kelebihan Surah Al-Insyirah;

• Nabi Muhammad saw bersabda; “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”

• Barangsiapa yang membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusnnya serta dimudahkan segala keperluan dan mudahkan rezekinya.

• Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

• Barangsiapa membaca Surah Al- Insyiraah sebanyak 9 kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

• Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas solat fardhu, nescaya hilang dukacitanya dan mengurniailah oleh Allah swt akan rezekinya dengan banyak.

• Siapa-siapa sentiasa membaca surah ini, nescaya mudah mendapat rezeki dan luas fikirannya. Senang membuat sesuatu perkerjaan dan hilang daripada sifat malas.

• Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah sebanyak 7 kali tiap-tiap lepas solat, nescaya terlepas daripada kesusahan dan dimudahkan oleh Allah swt akan rezekinya.

• Sesiapa yang membaca surah ini 40 kali berturut pada tiap kali selepas solat fardhu selama 7 hari berturut-turut, nescaya Allah swt kurniakan kepadanya kekayaan.

Suruh ini sahaja telah banyak kelebihannya, jadi kalau anda amalkan ini sudah tentu segala urusan anda akan dipermudahkan. Jadinya, dalam sedang berusaha kumpul duit kahwin ini, jangan lupa untuk amalkan surah ini sekali.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,259 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen