Nak Luahkan Perasaan Anda Pada Dirinya? Jangan Gelojoh Takut Kena Reject, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Terlebih Dahulu.

 

Satu perkara yang sukar nak sembunyikan perasaan terhadap seseorang yang kita sukai. Nak-nak lagi bila hari-hari berbual dan berjumpa dengan dirinya, lagi susah nak sembunyikan perasaan tersebut. Itu belum lagi kalau-kalau dirinya itu mempunyai perasaan yang sama atau tidak, kalau tidak lagi susah nak luahkan.

Namun begitu, kalau tak luahkan segala perasaan, tentu akan membuatkan anda lebih tertanya-tanya sama ada dia suka anda atau tidak, atau kalian mempunyai perasaan yang sama. Jadinya, meluahkan perasaan itu juga memainkan peranan yang penting.

Tapi waktu bila yang sesuai nak luahkan perasaan ini? Bukan boleh main luahkan secara tiba-tiba tentu kena perlu sesuai dengan caranya.



1. Beri masa

Walaupun anda sudah mempunyai perasaan terhadapnya, tapi anda juga perlu memberi masa kepada diri anda untuk lebih jelas akan perasaan tersebut. Mana tahu kalau perasaan itu sebenarnya perasaan yang bersifat sementara bukannya begitu kekal. Begitu juga dengan dirinya, anda perlu beri masa untuknya selesa dengan diri anda.



2. Baca gerak gerinya

Sangat beruntung jika seseorang itu mempunyai perasaan yang sama seperti anda, maka dengan itu sebelum nak luahkan perasaan adalah lebih baik anda membaca gerak gerinya dahulu. Mana tahu kalau dirinya juga mempunyai perasaan seperti anda, itu akan lebih memudahkan kerja anda nanti.

3. Masa yang sesuai

Jangan luahkan perasaan anda mengikut kemahuan anda sahaja, tetapi luahkan mengikut masa yang sesuai. Jika anda merasakan kalian telah lama berkenalan dan merasakan dia mempunyai sikap yang lebih mesra terhadap anda, maka itulah yang terbaik. Jika tidak, cari masa yang kalian berdua selesa bukannya terlalu tegang.



4. Yakin

Nak luahkan perasaan ini kena yakin dengan diri anda. Jangan tiba-tiba rasa diri ini kurang itu ini. Yakin dengan apa yang anda miliki dan yakin dengan segala apa yang anda lakukan. Pada ketika itu barulah dia nampak kesungguhan dan juga keikhlasan diri anda.

5. Berani

Ini lagi satu perkara penting yang perlu anda lakukan jika ingin meluahkan perasaan anda pada dirinya. Walaupun anda tidak tahu apa keputusan dirinya, tapi jangan sesekali anda mengalah. Cuba untuk berani ke depan dan luahkan segalanya, barulah si dia berjaya anda miliki.

Berniat ingin memiliki itu memang satu keinginan sesiapa sahaja, tetapi perlu tahu bahawa cara yang betul anda belum tentu berjaya memiliki seseorang yang anda mahukan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,671 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen