Orang Lelaki Kena Bersedia 4 Perkara Ini Sebelum Berkahwin. Barulah Jadi Suami Yang Disayangi.

 

Perkahwinan ini tidak sama seperti bermain pondok-pondok sewaktu kecil, bahkan perkahwinan ini juga tidak cukup sekadar anda saling cinta mencintai. Ini kerana, selepas berkahwin dan semakin anda kenal pasangan anda, semakin banyak dugaan yang anda tidak terduga.

Sebab itulah sebelum berkahwin, banyak perkara yang perlu anda bersedia. Nak-nak lagi pikul tanggungjawab sebagai suami, bukan mudah tapi tidak susah juga. Apa yang perlu ada dalam diri anda adalah, sebelum nak kahwin itu pastikan anda telah lakukan persediaan yang sewajarnya.

Jadi buat bakal-bakal suami, ada beberapa perkara yang perlu anda bersedia sebelum menjadi seorang suami.



1. Mencari rezeki yang halal

Walaupun masih belum mempunyai kerja yang tetap tetapi usaha anda untuk mencari rezeki yang halal akan membuatkan lebih mudah untuk membina keluarga yang bahagia. Rezeki yang halal ini sangat penting kerana ia akan menjadi darah daging anda dan juga keluarga kelak.



2. Tugas rumah

Jangan mengharapkan kalau dah kahwin nanti semua tugas akan dilakukan oleh isteri tetapi tugas rumah juga merupakan tugas seorang suami. Jadi sebelum kahwin ini ringankan tulang untuk memasak, membasuh dan menguruskan hal rumah dengan rela hati dan juga ringankan tulang sikit. Barulah dah kahwin nanti isteri senyum sahaja.

3. Bertolak ansur

Sebagai orang lelaki, kita sememangnya ada ego yang tersendiri, tapi itu tidak bermakna semua perkara adalah betul dipihak kita. Kadang kala tak salah kalau anda mengalah dan bertolak ansur dengan pasangan anda, ini kerana pasangan anda adalah orang yang akan setia di sisi anda selamanya. Kalau ego nanti kena duduk sorang-sorang semula.



4. Agama

Akan kosong rumahtangga kalau tidak diisi dengan agama di dalamnya. Tidak kiralah secetak mana pun agama yang anda ada sebelum ini, tapi bila ingin kahwin jangan lupa untuk tambah segala ilmu agama sebanyak mungkin. Jangan lupa untuk solat, membaca al-Quran dan dekatkan diri dengan Allah. Barulah mudah je nak bimbing isteri nanti.

Walaupun ramai yang merasakan ia bukanlah satu perkara yang penting tapi bila sudah berkahwin anda akan mula sedar bahawa ia adalah perkara yang penting. Jadi, tidak mahu kekok pada awalnya maka segera berubah sekarang.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,806 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen