Ragu-Ragu Si Dia Ini Yang Serasi Atau Tidak, Ini 5 Tanda Menunjukkan Kalian Adalah Pasangan Yang Serasi.

 

Keserasian dalam rumahtangga ini sangat penting sebenarnya. Dengan keserasian bersama ini, pasangan suami isteri dapat capai kata sepakat, elakkan salah faham malah saling memahami antara satu sama lain. Sebabnya, dalam rumahtangga ini bukan hanya seoranag diri sahaja, perlu keduanya memainkan peranan bersama.

Jadi kalau ada keserasian bersama, barulah memudahkan nak melayari rumahtangga bersama. Barulah segala ujian dan cabaran dapat dilalui bersama. Salah faham dan pertengkaran itu akan ada tetapi dengan ada keserasian ini semuanya menjadi mudah.

Sebab itu pentingnya untuk mencari seorang yang betul-betul serasi dengan kita, tapi macam mana nak tahu kita serasi atau tidak. Ini tanda-tanda anda dan pasangan sememangnya serasi menurut Ustazah Norbahyah Mahmood.



Bertolak ansur walaupun sikap berbeza

Keserasian ni tak semestinya semua benda kita sama-sama suka, sama-sama benci dengan pasangan kita. Keserasian ini jadi apabila pasangan kita boleh bertolak ansur walaupun dengan berbeza sikap. Mungkin ada benda yang kita suka tapi dia tidak. Jadi kalau pasangan anda boleh bertolak ansur, itu adalah satu petanda yang baik.



Rasa bahagia dan tenang

Semestinya apabila ingin mencari pasangan hidup pasti kenalah ada perasaan seronok dan bahagia tiap kali bersamanya. Itu benda yang biasa tapi perkara yang penting di sini adalah anda berasa tenang apabila bersamanya. Jika mereka mampu bagi ketenangan kepada anda dengan cara yang paling mudah, sudah bagus la tu.

Rasa selamat dengannya

Memang naluri semula jadi manusia untuk berasa selamat dengan orang yang kita sayang. Bila pergi mana-mana dengan pasangan anda rasa selamat tak dengan dia.



Lebih mendekat diri dengan Allah

Perkenalan yang mulia adalah bila masing-masing berubah ke arah yang lebih baik. Apabila anda dan pasangan saling ingat mengingati satu sama lain dengan perkara yang paling asas sebagai seorang Muslim, maka syabas.

Susah senang bersama

Ini yang paling mencabarkan, mampukah pasangan anda kekal disamping anda pada waktu susah dan meraikan keindahan hidup pada waktu senang. Terutamanya bila ingin merancang majlis perkahwinan, pelbagai jenis cabaran yang bakal anda harungi. Jika pasangan anda masih boleh bersabar dan tenangkan hati anda, maka bagus lah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,290 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen