Stress Antara Punca Dapat Serangan Jantung, Jangan Stress-Stress Sangat Walaupun Jodoh Tak Muncul Lagi.

 

Sejak akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan banyak berita pemergian selebriti dan beberapa orang ternama ketika mereka dalam usia yang sangat muda. Sangat mengejutkan, malah diantara mereka ini sihat dan bukannya mengalami sakit yang teruk.

Sememangnya kematian itu tidak mengenal siapa, tidak kira kanak-kanak, orang tua mahupun yang muda, kerana kematian itu adalah yang paling dekat dengan kita. Namun begitu, ada beberapa perkara yang boleh dijadikan asbab dimana anda boleh mengawal dan menjaga sehingga maut menjemput anda.



Selalunya, kita akan anggap bahawa serangan jantung ini hanya menyerang mereka yang mempunyai masalah sakit kronik ataupun warga tua sahaja, sedangkan sekarang ini serangan sakit jantung sudah tidak kenal siapa.

Menurut pengamal perubatan am, Dr. Zubaidi Ahmad berkata serangan jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti darah tinggi, tetapi ia juga berkait dengan tekanan ataupun stress.



“Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.

“Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.

“Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres,” katanya.



Dr Zubaidi juga menambah, beliau sendiri pernah berhadapan dengan beberapa kes pesakit yang kronik akibat stress.

“Contohnya saya berdepan kes seorang lelaki yang merupakan pengajar kecergasan di gimnasium. Disebabkan dia banyak bekerja, tak banyak rehat, dia sendiri mengaku dia kena strok.

“Begitu juga dengan selebriti dan pelakon. Mereka banyak terlibat dengan penggambaran. Tidak cukup tidur. Itu menyebabkan stres pada diri dia dan mungkin ditambah dengan stres sekeliling. Anak dan isteri terpaksa tinggal. Ini menyebabkan jantung dia mengalami masalah fungsi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, stress juga boleh mendatangkan masalah seperti mental, kemurungan sehingga boleh membuatkan pesakit mempunyai keinginan untuk membunuh diri.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,783 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen