Masih Tercari-Cari Pasangan Hidup, Ini Cara Bertenang Buat Si Bujang Yang Masih Sibuk Mencari Cinta.

 

Setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini dilahirkan berpasangan dan jodoh itu merupakan rahsia Illahi. Dan semua orang mempunyai niat yang baik untuk membina rumah tangga bersama seseorang yang mereka cintai.

Apabila orang sekeliling masing-masing seperti berlumba-lumba mendirikan rumahtangga, sudah tentu sedikit sebanyak akan ada terasa di hati anda. Tertanya-tanya bila jodoh akan tiba atau tercari-cari mana yang mana pasangan hidup anda. Ada sesetengah begitu tertekan dengan keadaan ini.

Buat anda yang masih belum bertemu jodoh, mungkin anda sedang berdepan dengan ujian buat diri anda. Boleh jadi, ujian itu ingin membuat anda menjadi seorang yang lebih kuat dan juga tabah. Jangan terlalu berburuk sangka terhadap apa yang berlaku sekarang ini.



Usah risau dan jangan panik, ingatlah dengan 5 perkara ini jika anda masih belum bertemu jodoh.

1. Anda bukan yang terakhir berjumpa jodoh

Setiap orang akan berjumpa dengan jodoh mereka, tidak kiralah cepat atau lambat pasti akan bersama dengan jodoh yang telah ditetapkan. Anda bukan orang yang terakhir akan berjumpa jodoh anda, jika anda merasakan perkara itu, akan ada yang lebih lambat berbanding diri anda. Jadi, biarkan perancangan Allah berjalan seperti yang telah diaturkan.



2. Jangan terlalu stress atau tertekan dengan kata-kata orang

Jangan ambil pusing dengan apa yang dikatakan oleh orang sekeliling, tidak kiralah dia kata anda terlalu memilih, jual mahal atau apa sekalipun, itu hanya sekadar kata-kata. Anda lebih tahu apa yang diri anda mahukan dan sedang berlaku. Mungkin hari ini dia berbahagia kerana memiliki pasangan, mana tahu esok lusa giliran anda pula. Jadi jangan fikir dan ambil tahu apa yang mereka katakan.

3. Jangan putus asa

Dalam usaha mencari jodoh ini jangan kenal erti putus asa, walaupun banyak kali terluka dan dilukai tapi ingatlah bahawa akan ada yang terbaik untuk diri anda. Mencari dan terus berdoa agar dipertemukan seseorang yang selayaknya buat diri anda itu adalah perkara yang jangan dilupakan.



4. Manfaatkan masa yang ada sekarang ini

Kecewa apabila hanya anda yang masih single dan sudah tidak ramai rakan? Jangan risau kerana anda masih mempunyai keluarga anda. Masa inilah anda boleh habiskan masa yang banyak buat keluarga dan tumpukan sepenuhnya kepada keluarga anda. Bahagia terasa, pahala pun mengalir.

5. Perbaiki niat sebenar anda

Jangan berkahwin apabila anda melihat orang lain berkahwin, tapi anda tahu apa niat sebenar anda berkahwin. Anda perlu tahu bahawa perkahwinan ini perlu ada tanggungjawab dan komitmen yang tinggi, kalau niat tak betul macam mana nak harmonikan rumahtangga.

Jangan kecewa kalau masih bujang, ini kerana banyak perkara dan peluang yang boleh anda lakukan. Anda sangat beruntung diberi kesempatan seperti ini, jadi nikmatinya dan bersyukurlah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,223 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen