Dia Ini Wanita Baik Atau Gold Digger, Hati-Hati Dalam Memilih Calon Isteri.

 

Zaman sekarang ini orang bukan hanya pandang rupa paras sahaja, akan tetapi pengkat dan kestabilan kewangan juga akan dipandang terlebih dahulu dalam mencari pasangan. Kalau boleh nak ada pasangan yang bergaji lebih RM5000 ke atas, yang bahawa dari itu akan hanya dipandang sebelah mata sahaja.

Walaupun tidak kesemuanya seperti itu, tapi anda perlu berhati-hati dengan pilihan anda. Bukan apa, masa bercinta ini sememangnya tidak mengapa semuanya, tapi selepas kahwin anda juga yang pening kepala tanggung hutang.

Sebab itu nak cari pasangan, cari yang sekufu. Ada beberapa ciri pasangan yang tak sepatutnya ada jika dia itu seorang wanita yang baik bukannya gold digger. Walaupun sekadar memandu Honda dah buat mereka-mereka ini tergoda lagikan pula jika anda memandu kereta import yang lain.



Berikut adalah ciri-ciri wanita gold digger;

1. Memilih

Tidak mahu makan di tepi jalan atau warung adalah salah satu tanda mereka ini memilih. Kalau boleh ingin makan di kafe yang agak hipster dan mewah, itu adalah taste mereka. Kalau makan di tepi jalan atau warung, habis jatuhlah ‘standard’ mereka nanti. Jadi bila pasangan selalu ajak tempat-tempat seperti ini, maka kena segera periksa yang lain.



2. Perasaan

Bukan seorang yang mudah cemburu apabila anda ini tidak mampu berikan apa yang anda mahukan. Tapi jika anda mampu beri apa yang dia inginkan, dia sememangnya menjadi begitu cemburu kerana bimbang hilang wang anda. Kalau tidak, dia langsung tidak kisah anda ingin bersama dengan siapa.

3. Perwatakan dirinya

Apabila inginkan sesuatu, dirinya akan menjadi begitu baik dengan anda, apa sahaja sanggup dia lakukan. Tapi bila dia sudah dapat apa yang dia inginkan, begitu mudah dia abaikan anda. Aduh... kalau macam ini sudah nampak sikapnya sebenar.



4. Layan ramai orang

Jika dia sudah menyukai anda, dia tidak akan semudahnya melayani ramai lelaki lain. Tapi bila mana dia menyimpan ramai lelaki, sedarlah bahawa anda juga salah satu simpanannya. Bila dia jumpa yang mampu beri dia segalanya, dia akan segera ucapkan selamat tinggal pada anda.

5. Selalu pastikan dia dapat apa yang dia inginkan

Bilamana dia tidak tahu memahami anda, malah sentiasa mendesak anda untuk tunaikan keinginannya, ketahuilah bahawa dia hanya ingin wang anda sahaja. Dia tidak kisah jika anda kehabisan wang kerananya, kerana dia ingin dapat apa yang dia mahukan. Jangan sampai anda tanggung hutang sudah lah.

Kalau anda berjumpa dengan mereka ini, jangan tunggu duit anda habis dikikis tapi segera tinggalkan dirinya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,483 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen