Bila Pilih Anak No 4 Ini Sebagai Pasangan Tentu Penuh Dengan Gelak Ketawa, Luar Sahaja Nampak Sombong Tapi Mereka Ini Tahu Hiburkan Hati.

 

Bila melihat anak keempat ini biasanya dia nampak seperti sombong dan tidak kisah sangat akan orang sekelilingnya. Malah dirinya juga lebih fokus kepada hidupnya sahaja, hidup orang lain dia agak kurang masuk campur. Itu yang selalu kita lihat, tapi bila anda memilihnya sebagai pasangan hidup sudah tentu ia perkara yang berlainan.

Dari sikapnya yang bersahaja itu, dirinya mampu mencuit hati anda setiap masa. Kerenahnya yang begitu mempersonakan tanpa buat-buat dan lebih bersahaja membuatkan anda akan begitu mudah selesa dengan kehadiran dirinya dalam hidup anda. Itu yang membuatkan anda takut kehilangan dirinya dan ingin dia selalu berada di sisi anda.

Sebenarnya sangat beruntung memilihnya sebagai pasangan hidup ini. Mereka ini tersangatlah unik dan bersamanya akan membuatkan hari-hari anda penuh dengan gelak tawa. Bahkan anda juga tak perlu bimbang akan penerimaan keluarga, kerana dia tahu bagaimana nak pikat hati mereka dengan caranya sendiri.



Paling yang perlu anda tahu adalah mereka ini nampak sahaja macam sombong tetapi sebenarnya mereka ini tersangatlah peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Sebab itu mereka tidak ada masalah nak pikat hati keluarga mertua ini, kerana sikap semulajadi mereka akan membuatkan sesiapa selesa dengan kehadirannya. Tidak hanya itu sahaja, bila berbicara dengannya terasa sangat menyenangkan.

Lagi beruntung memiliki mereka sebagai pasangan ini kerana mereka tahu berdikari dan agak matang orangnya. Mereka tidak akan selalu mengharapkan anda tetapi mereka juga senang jika anda menghulurkan bantuan. Tanpa perlu rasa bimbang, mereka ini tahu bagaimana nak kawal keadaan malah sentiasa membuat keputusan yang matang bila terlibat dalam masalah. Lebih mudah lagi, mereka ini juga mudah untuk dengar pendapat orang lain bukannya keras kepala.



Paling ramai tidak tahu, sebenarnya mereka ini manja dan sentiasa ingin bermanja dengan sesiapa sahaja. Baik anda sebagai pasangannya mahupun keluarganya sendiri. Bukan itu sahaja, dirinya juga tidak kekok untuk bermanja dengan keluarga mertua. Aduhh... kalau macam inilah, tentu ibu bapa mertua akan melayani mereka seperti anak sendiri. Mudah sangat mesra mereka ini.

Walaupun mereka ini berdikari tapi mereka ini masih mempercayai orang lain dalam hidupnya. Dia sentiasa membuka peluang untuk dirinya mempercayai orang lain. Walaupun baru berkenalan dengan seseorang dalam hidupnya dia akan mudah berkongsi apa yang dia rasakan. Haaa... sudah tentu anda tak perlu pening kepala nak fikirkan apa yang tersimpan di hatinya. Ini kerana, semua perkara akan dia kongsikan kepada anda dengan mudah.



Apa yang lebih uniknya mereka ini, mereka tahu untuk hiburkan orang lain. Mereka ini juga akan menjadi penyeri dalam satu hubungan persahabatan, kekeluargaan, suami isteri mahupun percintaan. Apabila seseorang dalam kesedihan, dia tahu bagaimana nak memainkan peranannya dengan hiburkan hati mereka. Jangan tak tahu mereka ini juga merupakan pendengar yang terbaik. Aduh untungnya!

Bila dah dapat anak no 4 ini sebagai pasangan, jangan lepaskan. Simpan dan jaga dirinya sebaiknya sebab mereka ini tersangatlah unik dan mempersonakan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,654 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen