Bila Single Mesti Banyak Habiskan Masa Dengan Tidur. Banyak Tidur Tanda Pendek Umur, Kena Hati-Hati Belum Kahwin Lagi Tu.

 

Sebagai orang bujang, tentu anda lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding keluar. Bahkan, anda juga sudah tentu memilih untuk tidur sepuasnya kerana merasakan ia adalah rehat yang terbaik. Nak-nak lagi selepas penat berkerja dan sibuk dengan pelbagai urusan.

Nak keluar pun, tidak tahu ke mana malah rakan-rakan yang lain sibuk dengan pasangan dan urusan mereka. Jadi tidur yang agak lama sememangnya menjadi pilihan ramai si bujang.

Tidak salah untuk berehat tapi jangan sampai berlebihan. Walaupun anda merasakan ia akan memberi tenaga kepada anda tetapi ia hanya akan membuatkan badan anda letih dan lesu sahaja.



Satu kajian dari negara Barat mendapati orang yang tidur berlebihan ini berisiko pendek umur kerana mudah mendapat serangan jantung. Bukan sekadar dalam kajian sahaja sebenarnya, dalam al-Quran dan hadis juga telah menyatakan lebih awal lagi.



“Ada larangan dari hadis tidur selepas Subuh dan ketika waktu Asar keranan ia bukan sahaja melemahkan fikiran tetapi juga menjadikan kita lebih malas. Malah ia juga diterangkan tidur selepas waktu subuh akan membuatkan rezeki tertutup.”

Tidak hanya ini,Penceramah terkena, Ustaz Azhar Idrus dalam cermahanya menyatakan, keburukan orang yang tidur berlebihan ini akan membawa kepada masalah sakit kepala, diabetes, depresi, kurang tumpuan, malas, penampilan kurang menarik, otak jadi malas dan paling utama mals beribadah.



Walaupun kadang kala kita berada dalam penat yang terlampau sehingga merasakan tidur yang lama itu akan memberi kepuasan kepada kita, tapi sebenarnya cukup sekadar hilangkan penat, letih dan mengantuk tak perlu lama lebih baik dan juga bagus untuk kesihatan diri.

Risiko untuk mendapat masalah jantung akan semakin meningkat jika seseorang itu tidur lebih lama;

• Sebanyak 7.8 dalam 1000 orang mati adalah daripada kalangan mereka yang tidur diantara 6 hingga 8 jam berbanding

• 8.4 dalam 1000 orang yang mati daripada mereka yang tidur selama 8-9jam,

• 10.4 dalam 1000 orang daripada mereka yang tidur 9-10 jam dan ia meningkat kepada

• 14.8 kematian dalam 1000 orang bagi mereka yang tidur melebihi 10 jam sehari.

Buat mereka yang bujang sudah tentu merasakan tidur yang agak lama ini bantu menghilangkan rasa bosan dan sunyi dalam diri anda. Namun begitu, ia tidak bagus untuk kesihatan malah ia memendekkan umur anda.

Adalah lebih baik sekiranya anda melakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti berjogging, pergi ke gym dan sebagainya. Sambil-sambil itu boleh mencari jodoh sekali.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,647 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen