Rasa Malu Akan Kekurangan Pasangan, Jangan Bandingkan Dirinya Dengan Yang Lain Tapi Lakukan Ini Kepadanya.

 

Apabila kita telah memilih seseorang itu sebagai pasangan bahkan kita sudah merasakan dia yang terbaik, tapi tak mustahil kalau tiba-tiba akan ada yang lebih baik darinya akan hadir. Ataupun, kadang kala kita melihat pasangan orang lain lebih baik dari pasangan kita.

Itu yang kadang kala malu nak tunjuk pasangan sendiri dekat rakan-rakan. Takut kurang keyakinan malah bimbang kalau pasangan anda akan memalukan diri anda.

Menjalinkan hubungan dengan seseorang sudah tentu memerlukan penerimaan dengan baik dan ikhlas. Tidak kiralah, apa yang kurang atau lebihnya dia, bila sudah memilihnya maka terima segalanya mengenai dirinya.



Mungkin akan ada orang merasakan si dia tidak selayaknya untuk anda ataupun anda layak dengan mereka yang lebih bagus lagi. Akan tetapi, adalah lebih penting anda menerimanya sepenuh hati bukan kelebihan yang dia miliki.

Jangan pedulikan apa yang orang lain katakan, tetapi pandangan anda lebih penting terhadap pasangan anda. Kalau orang lain sibuk bercakap mengenai anda dan pasangan tidak patut bersama, ini yang patut terus kekal dalam fikiran anda dan percaya bahawa dia adalah yang terbaik untuk anda.



1. Dia mempunyai sifat yang baik, itu yang anda bangga pada dirinya

Kalau anda terus menerus memikirkan kekurangannya, ia akan menguasai hubungan anda lalu memusnahkan. Jadi, lebih baik kalau anda memikirkan perkara yang baik yang ada pada dirinya dan anda bangga memilikinya. Mungkin dia belajar tidak tinggi tetapi dia cekap memasak hidangan kegemaran anda. Bahkan, mungkin dia bukan orang senang tetapi dia tak pernah culas memberi nafkah. Haaa... tentu anda bangga jika memikirkan yang baik-baik sahaja.

2. Semua orang mempunyai kekurangan, tiada manusia sempurna

Untuk apa rasa kecewa dan malu akan kekurangan pasangan kita, sedangkan tiada manusia yang sempurna. Boleh jadi anda melihat dia lengkap serba serbi tetapi realitinya, dia juga banyak kekurangan dan hanya pasangan dia sahaja yang tahu. Biarkan apa yang hendak difikirkan orang sedangkan anda lebih kenali pasangan anda.



3. Percaya bahawa kelebihannya itu lebih banyak berbanding kekurangannya

Jika hanya meneliti setiap kelemahan dirinya, tentu sahaja anda membuatkan anda lihat begitu banyak kurangnya dia. Tapi jika anda lihat berapa banyak kelebihan yang dia anda sudah tentu anda akan percaya bahawa kelebihan yang dia miliki tidak ada pada orang lain. Anda sangat beruntung memilikinya.

4. Dia yang berada saat susah dan senang

Jangan nak fikirkan apa orang cakap, tetapi pasangan anda juga yang setia di sisi anda saat susah dan senang. Lainlah kalau saat susah senang anda orang lain yang tolong, tapi ini pasangan anda. Jadi hargai dirinya dan terima dia seadanya, itu lebih mengembirakan dan membahagiakan diri anda.

5. Dia lebih baik dari pasangan sesiapa pun

Cuba lihat kembali kenapa anda memilihnya sebagai pasangan? Sudah tentu kerana dia lebih baik dari sesiapa pun. Percayalah dia lebih baik dari sesiapa pun bahkan lebih baik dari orang yang anda bandingkan itu.

Kita sebagai hamba ini sememangnya penuh dengan kekurangan dan ketidaksempurnaan. Hanya Allah sahaja yang sempurna, kita sebagai hamba kena selalu bersyukur dengan apa yang dimiliki.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,366 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen