Wanita Bagus Amalkan Makanan Ini, Bukan Baik Untuk Kulit Sahaja Tetapi Dalaman Pun Sama.

 

Sebagai seorang wanita sudah tentu kita tersangat menjaga kecantikan bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman. Sudah sememangnya bersifat semulajadi bahawa wanita dan juga kecantikan ini tidak dapat dipisahkan. Jika diluar, sedikit cela boleh ditutup dengan makeup tetapi bila di dalaman sudah tentu perlu dirawat sejak dari awal.

Nak-nak lagi jika menjaga bab-bab alat sulit ini, perlu lebih teliti dan juga tidak boleh main sambil lewa sahaja. Ramai yang mengambil mudah sahaja jika berkenaan bahagian ini, sedangkan bahagian ini lebih istimewa dan perlu penjagaan yang lebih rapi, tidak kiralah mereka yang sudah berkahwin mahupun belum.

Mungkin ada yang merasakan membincangkan topik ini agak memalukan, tetapi sebagai seorang wanita perkara ini juga perlu diambil tahu dan anda perlu jelas bagaimana menjaganya dengan baik.

Oleh itu, penting untuk setiap wanita mengamalkan pemakanan sihat bukan sahaja bagus untuk luaran tetapi juga untuk kesihatan vagina. Setiap makanan pastinya mempunyai nutrien khas yang baik untuk tubuh. Termasuk dalam mengekalkan kesihatan bahagian intim.



Laporan menunjukkan kebanyakan wanita tidak tahu bahawa makan makanan yang disebut di bawah boleh mencegah jangkitan yis dan menjaga kesihatan dengan baik.



Air Putih

Bukan sahaja baik untuk kesihatan organ-organ lain dalam badan, air juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan vagina. Air diperlukan agar selaput lendir vagina berfungsi dengan baik. Biasakan minum banyak air setiap hari supaya vagina anda bukan sahaja berfungsi dengan baik tetapi juga tidak mengeluarkan bau yang kurang enak.

Yogurt

Vagina yang sihat adalah tempat yang baik untuk lactobacillus, sejenis bakteria baik yang membantu faraj mengekalkan paras pH yang sihat. Ia juga mempunyai yis yang bernama candida. Biasanya, keadaan berasid dari lactobacillus akan menghalang yis daripada berkembang. Tetapi bakteria baik ini boleh terjejas dan anda berisiko untuk mendapat jangkitan yis.

Oleh itu mengambil makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogurt atau kimchi boleh membantu. Ia mengekalkan keseimbangan bakteria sihat untuk menggalakkan paras pH yang baik agar menggalakkan pertumbuhan lactobacillus yang sihat.

Bawang Putih

Bawang putih mengandungi sifat antimikrob dan antifungal yang membantu mencegah masalah vagina, seperti gatal-gatal, berbau dan juga keputihan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun, supaya badan anda bersedia melawan sebarang penyakit.

Soya

Kekeringan vagina berlaku apabila badan anda kekurangan estrogen yang menjaga ketegangan tisu dan pelinciran yang baik. Jadi, amalkan makanan berasaskan soya seperti edamame, tempe atau tauhu. Soya mengandungi sebastian tumbuhan estrogen yang meniru isoflavin. Ia juga bersifat hidrofilik dan boleh menarik air ke tisu anda.



Ubi Keledek

Ubi keledek dilaporkan baik untuk wanita yang mahu mengandung. Kaya dengan beta karotena dan vitamin A, ubi keledek memastikan dinding vagina dan rahim anda sihat. Apabila diserap oleh badan, beta karoten dalam ubi keledek bertukar menjadi vitamin A dan bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Nutrisi yang terdapat dalam ubi keledek juga membantu dalam pengeluaran hormon seks.

Sayuran Hijau

Bila masa sayuran hijau tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. Sayuran hijau kaya dengan nutrisi iaitu kandungan vitamin D? Ia juga meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menjaga daripada serangan penyakit. Sayuran hijau ini termasuklah seperti brokoli, kubis, dan sawi. Selain vitamin D, sayuran ini juga kaya dengan ia juga mengandungi vitamin C, E, dan K, karotenoid, folat, mineral, magnesium dan kalsium, semuanya bermanfaat untuk kesihatan otot – termasuk otot-otot vagina.

Walaubagaimanapun Dr Anissa Zamani, pakar dari Hospital Pakar Sultanah Aminah memberitahu tiada diet yang sepesifik dalam menjaga kesihatan vagina, tetapi penjagaan diet yang seimbang dengan senaman fizikal akan membina imunisasi untuk mengurangkan risiko dari sebarang penyakit atau jangkitan. Sebaiknya minum banyak air dan makan sayuran hijau.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,567 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen