Kalau Dapat Isteri Tak Pandai Masak Apa Kena Buat, Ini Yang Suami Perlu Lakukan Sebagai Tanda Galakkan.

 

Mana-mana lelaki sudah tentu mahukan seorang isteri yang tahu serba serbi mengenai dapur, walaupun bukan seorang yang pakar tetapi tidak kekok dan tahu memasak itu adalah idaman ramai. Mana tidaknya, bila isteri pandai masak ini kewangan keluarga terjaga, makan minum terurus malah lebih berkhasiat.

Idaman sememangnya nak yang sempurna tetapi bila dah dapat belum tentu sama seperti yang kita mahukan. Tapi, bila dah sayang tak akan sedikit kekurangan pasangan yang ini tidak boleh terima. Sudah tentu anda akan terima dan dengan rela hati anda akan membantunya kelak bukan.



Kalau korang dapat isteri yang tidak tahu masak, apa yang harus anda lakukan? Tak akan nak makan luar sahaja? Ini beberapa cara membantu isteri anda memasak malah ia juga sebagai tanda sokongan dan galakkan dari anda. Tentu lepas ini dia akan rajin memasak di dapur.

1. Tag dekat isteri video masakan

Sekarangkan semuanya sudah dihujung jari, jadi mudah sahaja nak beri idea dan galakan kepada isteri anda. Dari Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai lagi cara mudah nak dapatkan resepi masakan yang ringkas dan mudah. Jadi rajinkan tangan tag pasangan itu. Tapi jangan banyak-banyak pula, takut rimas pula si dia.



2. Sediakan kelengkapan yang cukup

Pasti isteri akan rasa seronok apabila barang dapurnya lengkap serba serbi. Bukan sahaja dari bahan basah tetapi dari pekakas yang kecil-kecil sehingga yang besar semuanya lengap. Haaa... isteri tentu teruja nak cuba semua itu, jadi lepas ini dia pasti rajin ke dapur. Cuma anda sahaja kena bersedia untuk menjadi juri setiap makanannya. Bersedia ke?

3. Masak dengan isteri

Bila baru-baru kahwin ini sudah tentu tak ada anak lagi, maka dengan itu rajin-rajinkan diri untuk membantu isteri di dapur. Jangan biarkan dia memasak seorang diri. Selain dapat rasa air tangan isteri anda juga akan dapat meluangkan masa yang berkualiti bersamanya. Haaa... seronok bukan.



4. Dah masak kenalah puji.

Ini yang paling penting sebenarnya. Bila anda inginkan isteri masak hari-hari, maka anda juga kenalah ringankan mulut untuk memuji masakkannya. Tapi tak cukup kalau puji je, kenalah tambah nasi dua tiga pinggan, barulah isteri pun senang hati je nak memasak setiap hari.

5. Dah makan tolong cuci pinggan mangkuk

Jangan lepas tangan bila perut sudah kenyang, kenalah tolong basuh pinggan mangkuk walaupun pinggan sendiri. Tidaklah isteri rasa semua perkara dia perlu lakukan dan anda hanya goyang kaki sahaja. Kalau anda bantu, dia akan jadi lebih rajin untuk ke dapur berbanding anda lepaskannya seorang diri.

Nak isteri tahu masak, anda sebagai suami kena sentiasa beri galakan dan sokongan. Jangan hanya tahu marah dan membebel pada dirinya sahaja.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 537,303 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen