Orang Lelaki Kalau Dah Terdetik Nak Mendirikan Rumahtangga, Jangan Teruskan Sikap Masa Bujang. Kena Ubah Tabiat Ini Sebelum Bergelar Suami.

 

Bila sudah terdetik untuk mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati, anda sepatutnya sudah mula memikirkan masa depan bahkan telah mula mengubah diri anda. Nak-nak lagi jika anda ini seorang lelaki. Bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kelak.

Perkahwinan ini bukan seperti permainan pondok-pondok yang mana anda akan rasa seronok dan penuh gelak ketawa. Sekali sekala tentu sahaja akan ada ujian dan dugaan yang menerpa, tetapi semua itu boleh dihadapi bersama jika anda dan juga pasangan sama-sama kuat dan sentiasa tahu erti tanggungjawab suami isteri.

Lelaki, kalau ada niat nak kahwin, maka ubah dulu tabiat-tabiat ini.



1. Solat.

Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu. Tapi kalau kita masih sama, masih bawak perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung di dalam rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu tak akan dapat bertahan lama. Sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.



2. Kerja.

Bila nak kahwin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh yang tertentu. Nak bela anak orang, nk jaga anak orang, kerje tak boleh ikut suka, takboleh kerje sekejap, berenti, pastu menganggur sehingga dapat kerje yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri. Tak boleh macam tu sebab kita ada ank bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan. Jadi, pastikan anda mempunyai kerje yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.

3. Perangai bujang.

Perangai bujang ni banyak kalau nk disenaraikan merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya. Maka kita perlu ubah semua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawak motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam. Didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu.



4. Belajar mengemas.

Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja. Kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah. Perlu tahu cara menyapu smpah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat, dah selalu buat tu. Percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat kerja-kerja rumah.

5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan.

Sekarang, sebelum kahwin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan. Semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama "kawan"...tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi. Kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja. Anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang.

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kpada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,580 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen