Tak Perlu Kejutan Atau Pergi Melancong, 5 Cara Ini Pun Mampu Bahagiakan Rumahtangga Suami Isteri.

 

Dalam hubungan ini tidak boleh kalau ianya mendatar sahaja. Sekali sekala kenalah ada turun naiknya juga. Kejap bergaduh, bermanja dan kadang kala sengaja merajuk kerana ingin dapatkan perhatian pasangan, ini semua perkara biasa. Tapi kalau setiap hari sama sahaja, tentu akan ada boringnya juga.

Bila bercakap nak hiburkan hati pasangan, ada yang merasakan perlu pergi melancong, belikan emas, beri barang yang dia inginkan ataupun berikan kejutan buat pasangan. Semua ini memerlukan modal, tapi ada cara lain yang anda tak perlu keluarkan modal tapi cukup membuat pasangan anda tersenyum sepanjang hari.

Bagaimana caranya?



1. Kurangkan bermain telefon bimbit tapi fokus kepada anak isteri.

Sekarang ini kita terlalu sibuk nak ambil tahu akan keadaan isu semasa, nak tahu apa yang ada dalam media sosial malah nak menjadi yang paling pantas tahu. Tapi kita mengabaikan anak-anak dan juga pasangan sedangkan mereka ini lebih memerlukan diri anda. Jadinya, kurangkan masa bermain telefon tetapi lebihkan masa bersama mereka, itu pasti membuat mereka gembira.



2. Bergurau senda dengan anak-anak dan juga pasangan.

Bertambah bahagia apabila ada gelak ketawa bersama pasangan dan anak-anak dalam sebuah rumah. Mana tidaknya, keadaan tidak hanya akan sunyi dan tegang sahaja bila ada gelak ketawa ini. Bahkan, kalian juga akan semakin rapat dengan cara ini.

3. Buat aktiviti berkualiti bersama keluarga.

Bila masak bersama-sama, kemas rumah sama dan semua aktiviti di rumah dilakukan bersama-sama tentu akan menjadi lebih seronok. Anda bukan sahaja meringankan beban pasangan tetapi anda juga mengajar anak-anak melakukan kerja-kerja rumah. Semua yang anda lakukan bersama-sama ini akan terasa berkualiti dan juga bahagia.



4. Solat bersama-sama bila ada masa.

Walaupuan nampak macam tidak ada apa-apa, tetapi solat bersama akan membuatkan kalian semakin erat antara satu sama lain. Apabila mempunyai masa terluang, kalian akan mengaji bersama serta solat akan mendekatkan diri kalian bukan sahaja antara satu sama lain tetapi juga dengan Pencipta.

5. Bersyukur.

Bersyukur dengan apa yang anda miliki dan menghargai pasangan itu adalah perkara yang membuatkan anda serta pasangan begitu bahagia. Kalian akan terasa seperti melengkapi malah menyempurnakan antara satu sama lain.

Kita selalunya hanya melihat perkara yang sulit dan jauh sahaja, sedangkan perkara-perkara yang kecil ini lebih bermakna nikmatnya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,392 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen